Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak boleh diperdaya mengenai isu rizab atau pentadbiran: Tharman

Dua calon Pilihan Raya Presiden, Encik Ng Kok Song dan Encik Tharman Shanmugaratnam, menjawab pertanyaan orang ramai dalam forum anjuran The Straits Times, “Ask The Next President Anything”, pada Ahad. Forum tersebut merupakan salah satu daripada wadah bagi calon mendekati orang ramai sebelum warga keluar mengundi pada 1 September. Seorang lagi calon, Encik Tan Kin Lian, bagaimanapun menolak undangan The Straits Times untuk menyertai forum itu.
Aug 27, 2023 | 08:45 PM



Calon Pilihan Raya Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam, yakin pengalamannya selama ini akan memastikan beliau “tidak boleh diperdaya” mengenai sebarang isu berkaitan rizab negara mahupun pentadbiran semasa menjalankan tugas sekiranya beliau dipilih sebagai Presiden.

Tambahnya, bidang kuasa yang diberikan kepada Presiden Dipilih untuk membuat keputusan berkaitan isu tertentu “bukan kuasa kecil”, justeru memerlukan pemikiran bebas, pengetahuan dan seorang yang berpegang pada pendiriannya.

Encik Tharman berkata demikian semasa forum “Ask The Next President Anything” yang disiarkan menerusi laman web dan wadah media sosial The Straits Times pada Ahad.


Forum itu memaparkan dua calon Pilihan Raya Presiden, iaitu Encik Ng Kok Song dan Encik Tharman.

Menurut ST, Encik Tan Kin Lian menolak undangan untuk menyertai forum tersebut.


Selain memastikan Singapura mengekalkan prestasi cemerlang di pentas antarabangsa, Encik Tharman berkata sebagai Presiden, beliau juga akan memastikan budaya saling menghormati dalam kalangan warga Singapura diperkukuh.

Beliau berkata demikian semasa menjawab salah satu soalan yang diajukan penonton mengenai apa yang boleh dijangkakan warga Singapura jika beliau dipilih sebagai Presiden.


“Saya akan menjadi Presiden yang, berdasarkan pengalaman yang saya miliki, tidak boleh diperdaya berkaitan sebarang isu mengenai rizab atau pentadbiran. Saya tidak akan pernah diperdaya berkaitan perkara ini.

“Saya juga akan menjadi Presiden yang prihatin terhadap semua golongan yang kurang bernasib baik, menghormati semua orang dan tidak memandang rendah,” ujar Encik Tharman.

Menyentuh tentang peranan Presiden Dipilih sebagai lambang atau pemimpin yang tidak memiliki kuasa, Encik Tharman berkata kuasa yang diberikan kepada Presiden “bukan kecil”.

Mengulas lanjut, beliau berkata Presiden Dipilih mempunyai kuasa eksekutif dalam isu-isu tertentu, dan pada masa sama perlu mengikut nasihat Kabinet dalam isu lain.

“Presiden perlu mewakili Singapura dengan cara yang tidak hanya mencerminkan pandangannya sendiri, tetapi mencerminkan kepentingan Singapura.

“Namun dalam isu tertentu, Presiden mempunyai kuasa membuat keputusan sendiri dan berkaitan isu itu, ia bukan kuasa yang kecil,” ujarnya.

Ini terutama sekali berkaitan rizab negara serta pelantikan pegawai perkhidmatan awam utama, katanya, di mana pendapat Presiden diambil serius.

Justeru, Encik Tharman berkata adalah lebih baik jika Presiden Dipilih mempunyai pengalaman serta kepakaran untuk membuat penilaian bebas dan tidak “hanya membaca ringkasan daripada Majlis Penasihat Presiden”.

“Adalah amat membantu keadaan jika Presiden Dipilih mempunyai kebebasan pemikiran, pengetahuan dan keupayaan untuk berpegang pada pendiriannya, ini tiga syarat yang amat penting,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan mengenai kesan pengalamannya sebelum ini pada perwatakannya, Encik Tharman berkata penglibatannya dalam sukan membentuk nilai dipegangnya kini.

Beliau berkata: “Saya belajar menghormati lawan melalui sukan kerana kita tak boleh terus menang.

“Anda boleh berlatih sepanjang tahun, memasuki peringkat akhir dan kalah, dan anda perlu tahu cara untuk kalah dengan baik. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk menang dengan baik.” – SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >