Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majulah Singapura

Tidak dapat tiket? Banyak lagi tempat tengok segmen NDP

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) 2022 akan berlangsung di Pentas Terapung Marina Bay dan pelbagai pertunjukan bakal menaikkan semangat orang ramai di kawasan Marina Bay serta di kawasan kejiranan lain sempena hari jadi negara yang ke-57.



Bagi mereka yang tidak mendapat tiket bagi acara NDP, usah khuatir kerana pelbagai segmen di platform terapung itu boleh dinikmati di sekitar kawasan itu.



Pada petang ini, mereka yang berada di kawasan Marina Bay boleh menarik perhatian mereka di langit sedang aksi payung terjun daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), lebih dikenali sebagai Red Lions, mendarat di depan penonton NDP.



Selain itu, orang ramai di sana juga boleh menantikan Segmen Pertunjukan Pertahanan Mutlak (TDD), yang kali terakhir diadakan pada 2017, di mana operasi darat dan laut oleh pelbagai agensi pertahanan bakal memukau penonton di kawasan perairan dan darat Marina Bay.



Dua helikopter Chinook, masing-masing diiringi oleh dua helikopter serangan Apache, pula akan mengibarkan bendera negara sambil merentasi Singapura dari 5.25 petang hingga 6.15 petang.



Satu helikopter Chinook akan terbang di laluan barat di mana ia akan meliputi kawasan seperti Bukit Panjang, Bukit Timah, Kranji, Choa Chu Kang, Jurong dan West Coast.



Satu lagi pula akan terbang di laluan timur yang akan merangkumi kawasan seperti Khatib, Sengkang, Punggol, Bedok, Pasir Ris, Changi dan East Coast.



Pertunjukan udara juga bakal menampilkan enam jet pejuang F-16 yang akan terbang merentasi negara dalam formasi delta.



Pada acara kemuncak pertunjukan bunga api pula, orang ramai boleh 'turun padang' awal untuk mendapat tempat terbaik di kawasan Marina Bay bagi menikmati bunga api yang akan menghias langit malam ini.



Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikannya di Marina Bay juga tidak perlu risau kerana lebih banyak lagi kawasan sekeliling yang akan memberikan peluang menikmati pertunjukan bunga api cukup gah itu.



Orang ramai boleh menikmatinya di setiap daerah Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) - Central, North East, North West, South West dan South East.



Kawasan itu adalah di padang terbuka di sebelah Perpustakaan Ang Mo Kio, bekas tapak Maktab Rendah Tampines, Stadium Woodlands, Stadium Jurong West dan Stadium Bedok.



Tontonan awam di lima lokasi ini akan dipermudahkan berdasarkan siapa yang sampai di sana dahulu.



Bunga api di semua kawasan akan dilepaskan pada waktu yang sama sekitar 8.15 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >