MULAI Rabu, (4 Jan) semua individu yang mahu mendapat vaksin dan penggalak Covid-19 mereka boleh pergi ke mana-mana pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) dan pusat vaksinasi kanak-kanak (CVC) tanpa perlu membuat janji temu.
Selain itu, mulai 16 Januari ini, vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty akan mula diberi kepada kanak-kanak berumur antara enam bulan dengan empat tahun di dua JTVC – JTVC Ang Mo Kio dan JTVC Bukit Merah.
Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan pada Selasa (3 Jan), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan dua JTVC itu juga akan menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun untuk mencapai perlindungan minimum.
MOH menyatakan pada hari berlakunya permintaan tinggi bagi mendapatkan vaksinasi, terutamanya pada Sabtu, orang ramai harus menjangka tempoh menunggu lebih lama.
Selain itu, vaksinasi Covid-19 di poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) akan terus memerlukan temu janji, kecuali warga emas berumur 80 tahun dan ke atas di poliklinik.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Tidak perlu janji temu dapat vaksin Covid-19 di pusat vaksinasi
Jan 03, 2023 | 08:16 PM