PASUKAN Polis Singapura (SPF) kini dilengkapi peralatan lebih canggih yang dapat meningkatkan keberkesan operasi keselamatan bagi menegakkan ketenteraman awam dan mencegah jenayah di sini.
Tiga peralatan yang kini dalam proses dicuba pakai itu ialah Unmanned Aerial Vehicles (UAV) atau kenderaan udara tanpa pemandu, kenderaan divisyen mengarah dan mengawal (DCV) serta kamera litar tertutup (CCTV) yang juga dilengkapi alat pembesar suara dan lampu.