Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usah mengecas bateri berpanjangan dan guna bateri bukan tulen, gesa SCDF.

Tiga budak dibawa ke hospital selepas flat dijilat api, dipercayai akibat pengecasan PMD

Aug 14, 2023 | 03:46 PM



Seramai tiga kanak-kanak dibawa ke hospital setelah sebuah flat di 71 Redhill Road dijilat api pada pagi Isnin.

Berita Harian (BH) difahamkan bahawa kanak-kanak itu berusia sekitar lapan tahun dan ke bawah.


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam pos Facebooknya berkata siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu mungkin berpunca daripada bateri dua alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas di ruang tamu.

Mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.20 pagi dan rumah di tingkat tujuh itu sudah dipenuhi kepulan asap.

Para pegawai bomba SCDF daripada Balai Bomba Alexandra dan Balai Bomba Marina Bay memaksa masuk unit tersebut dengan memecahkan mangga pintu rumah.

Kebakaran yang berlaku di sudut ruang tamu flat itu berjaya dipadamkan anggota SCDF menggunakan beberapa baldi air.

Seramai tiga kanak-kanak ditemui dalam tandas di belakang dapur dan mereka dibawa keluar daripada unit sebelum dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) akibat terhidu asap.

Lima ekor kucing juga dibawa keluar daripada unit tersebut.

Sekitar 25 orang daripada unit-unit berdekatan turut dipindahkan oleh SCDF dan polis.

Sebelum ketibaan SCDF, dua orang daripada unit terjejas dapat keluar menerusi tingkap bilik. Mereka telah menghidu asap tetapi enggan dibawa ke hospital.

SCDF ingin mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah untuk mencegah kebakaran PMD atau basikal dibantu kuasa (PAB), termasuk tidak mengecas bateri untuk tempoh berpanjangan atau semalaman.

Orang ramai juga dinasihati agar tidak membeli atau menggunakan bateri yang bukan tulen, kata SCDF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >