Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Tiga orang dihantar ke hospital kerana kebakaran akibat PMD di Choa Chu Kang

Aug 07, 2019 | 07:52 AM

DUA dewasa dan seorang kanak-kanak dihantar ke hospital akibat sedutan asap selepas kebakaran melibatkan alat mobiliti peribadi (PMD) berlaku di rumah flat di Choa Chu Kang.

Kebakaran itu, yang berlaku di ruang tamu dalam unit di tingkat tiga Blok 688A di Choa Chu Kang Drive, telah dipadam oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan menggunakan beg galas buih udara mampat pada sekitar 11.35 pagi semalam (6 Ogos).

Tujuh penduduk rumah tersebut dipindahkan keluar daripada unit itu sebelum ketibaan SCDF. Seorang dewasa dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong manakala budak dan seorang lagi dewasa dibawa ke Hospital Universiti Nasional akibat sedutan asap.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu berpunca daripada sumber elekrikal PMD yang sedang dicas semasa kejadian tersebut berlaku, kata SCDF dalam posnya di Facebook, menurut laporan The Straits Times.

 

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map