Tiga sekawan juarai peraduan perdagangan visual ITE
Dianjur sempena pemeteraian MOU latihan amali antara ITE dengan Lane Crawford
May 13, 2016 | 05:30 AM
TIGA pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central daripada kursus sijil Higher Nitec dalam jurusan Perdagangan Runcit meraih tempat pertama bagi Pertandingan Perdagangan Visual ITE-Lane Crawford.
Pertandingan bertemakan Kembali kepada asas (Back to Basics) itu disertai lapan kumpulan. Setiap kumpulan perlu memilih set pakaian lelaki dan wanita dalam lingkungan masa sejam daripada cawangan ImagineX Group - sebuah syarikat yang menguruskan jenama mewah di pusat beli-belah IMM.