Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga warga S'pura maut dalam nahas campervan di NZ pelajar NUS

May 10, 2023 | 05:30 AM



TIGA warga Singapura yang terkorban dalam kemalangan campervan di South Island, New Zealand, pada 17 April merupakan mahasiwa Universiti Nasional Singapura (NUS).



Mereka adalah Encik Sherwin Chong Shi Yun, 21 tahun, Cik Yang Xinyue, 21 tahun, dan Encik Vincent Lim Jiajun, 24 tahun, lapor berita media New Zealand Herald pada Selasa.



Kematian mereka telah dirujuk kepada koroner.



Kemalangan tersebut berlaku di sepanjang Te Moana Road yang berdekatan bandar Geraldine pada sekitar 1 pagi.



Campervan yang disewa mangsa telah melanggar penghalang di persimpangan jalan di State Highway 79 dan terbakar, lapor NZ Herald.



Menurut laporan itu, salah seorang mangsa telah memanggil perkhidmatan kecemasan selepas kemalangan itu.



Seramai 11 anggota bomba sukarela telah menguruskan kemalangan tersebut.



Ketua Geraldine Volunteer Fire Brigade, Encik Graeme Mould, memberitahu NZ Herald bahawa kemalangan tersebut merupakan antara kemalangan yang paling teruk beliau pernah saksikan.



"Ini merupakan peristiwa yang traumatik. Kami tidak pernah melihat kemalangan sebesar itu sejak kebelakangan ini," jelas beliau.



Beliau juga menambah bahawa trafik pada sepanjang lebuh raya itu telah meningkat sepanjang tahun lalu dan hal ini menambah lagi risiko kemalangan di situ.



Ini bukan kali pertama rakyat Singapura terkorban dalam kemalangan campervan di New Zealand.



Pada Mei 2017, sepasang suami isteri juga terkorban apabila campervan mereka melanggar kenderaan lain di lebuh raya.



Encik Chin Tze Hau, 38 tahun, dan isterinya, Cik Ong See Yee, 29 tahun, terkorban di tempat kejadian State Highway 1 dekat Bankside, 40 km selatan Christchurch.



Cik Anna Tutton, koroner NZ, berkata dalam sebuah laporan 2021 bahawa Encik Chin mungkin penat dan pada waktu itu tidak awas ataupun tidur mikro.



Apabila seseorang itu tidur mikro, mereka terlelap untuk beberapa saat dan hal ini berlaku apabila mereka kurang tidur ataupun melakukan aktiviti yang membosankan seperti memandu di lebuh raya yang kosong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >