Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiga warga Sri Lanka dihukum penjara dek miliki visa Malaysia palsu

Jul 23, 2018 | 07:32 PM



TIGA lelaki warga Sri Lanka dijatuhi hukuman penjara lapan bulan Jumaat lalu (20 Julai) kerana memiliki visa Malaysia palsu dalam pasport mereka, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan.



Ketiga-tiga lelaki itu diberkas pegawai ICA pada 27 Jun lalu setelah sesuatu tidak kena didapati pada visa mereka semasa pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Woodlands, menurut laporan The Straits Times.



Nalliah Selvamany Rohan, 26 tahun; Kanthanadan Jasitharan, 23 tahun; dan Roopan Diasrepinsan, 20 tahun, sedang mencari pekerjaan di luar Sri Lanka.



Rohan dan Jasitharan mendekati seorang ejen Sri Lanka, Rajanikanth, untuk membuat persiapan bagi lawatan ke Malaysia bagi harga 305, 000 rupee Sri Lanka ($2,600) setiap seorang. Roopan mendekati ejen lain untuk melakukan lawatan serupa pada harga 500, 000 rupee Sri Lanka.



Rohan dan Jasitharan tiba di Singapura pada 18 Jun 2018 dan visa Malaysia palsu itu dilampirkan pada pasport mereka. Roopan tiba pada 26 Jun 2018 dan melakukan perkara yang sama.



Pada 27 Jun lalu, Rajanikanth memesan sebuah teksi untuk membawa ketiga lelaki tersebut ke Malaysia pada sekitar 8 malam. Pegawai ICA memberkas mereka sekitar 9.20 malam.



Rajanikanth dikatakan telah meninggalkan Singapura sebelum siasatan bermula sementara pemandu teksi itu didapati tidak terlibat dalam penipuan tersebut.



Di bawah Akta Pasport Seksyen 47(6), seseorang yang disabitkan dengan kesalahan memiliki dokumen perjalanan asing palsu, sama ada dengan sengaja atau tidak, boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun, atau kededuanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >