Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tikam hingga mati majikan yang ludahnya: Amah dijel 16 tahun

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pembantu rumah dari Myanmar yang menikam majikannya yang berusia 95 tahun dengan dua bilah pisau telah dihukum penjara 16 tahun selepas dia mengaku bersalah semalam.



Sandar Htoo mengaku dia menikam Cik Ang Pek Chai akibat berasa marah terhadap wanita warga emas itu kerana meludah mukanya pagi tersebut dan mahu "memberi majikannya satu pengajaran".



Kes tikaman itu berlaku antara 12.55 tengah hari dan 1.30 tengah hari pada 6 Julai 2020, di rumah dua tingkat berkembar Cik Ang di Recreation Road yang dikongsi bersama anak lelakinya yang berusia 78 tahun.



Warga Myanmar itu berusia 36 tahun berdasarkan dokumen pengenalannya, tetapi peguam yang ditugaskan kepadanya Encik Daniel Koh berkata, umur sebenarnya ialah berusia 51 tahun. Pembantu rumah itu telah memalsukan umurnya kepada agensi pembantu rumah dengan memberitahu umur yang lebih muda daripada sebenarnya untuk mendapatkan pekerjaan.



Timbalan Pendakwa Raya Cik Grace Chua memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Sandar Htoo tiba di Singapura pada Disember 2019 dan mula bekerja untuk Cik Ang, majikan keduanya, pada Februari 2020.



Tugas pembantu rumah itu adalah menjaga Cik Ang, yang mengalami kesukaran berjalan dan bergantung pada tongkat rangka, selain mengendalikan kerja rumah.



Pada kira-kira 8 pagi pada 6 Julai 2020, Sandar Htoo lewat membantu Cik Ang, yang kemudian meludah ke mukanya dan memarahinya.



Sandar Htoo mendiamkan diri dan mengelap ludah di mukanya menggunakan bajunya.



Kejadian meludah itu masih di fikirannya beberapa jam kemudian, ketika Cik Ang sedang tidur siang sementara anaknya telah keluar rumah.



Pembantu rumah itu kemudian mengambil dua bilah pisau dari dapur - satu sepanjang 30 sentimeter (cm) dan satu lagi sepanjang 18 cm lalu menuju ke bilik Cik Ang dengan niat untuk menikamnya.



Salah satu daripada pisau yang digunakan, menusuk mulut mangsa manakala pisau yang lain dirodok pada lehernya.



Selepas serangan itu, Sandar Htoo memanjat pagar dan berlari ke arah Upper Serangoon Road. Dia meminta bantuan seorang pejalan kaki di situ untuk menghubungi polis.



Di balai polis, dia memberitahu pegawai bahawa dia telah membunuh seorang wanita tua sambil meniru gerakan menikam.



Cik Ang ditemui tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Warga Myanmar itu pada asalnya didakwa dengan pertuduhan membunuh, tetapi tuduhan itu dikurangkan selepas dia dinilai mengalami gangguan penyesuaian dengan kemurungan, keadaan mental yang mengurangkan tanggungjawabnya terhadap apa yang dilakukannya.



Pendakwa raya memohon hukuman penjara antara 18 tahun dan 20 tahun, manakala peguamnya meminta antara 12 dan 15 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >