Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Tiket NDP 2021 akan diberi kepada 'Wira Seharian' S'pura, tidak dibuka kepada umum

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tiket NDP 2021 akan diberi kepada 'Wira Seharian' S'pura, tidak dibuka kepada umum

Jul 02, 2021 | 04:00 PM

ORANG ramai tidak akan dapat mencuba nasib mendapatkan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.

Tidak seperti tahun-tahun lalu, tiket-tiket bagi NDP 2021 akan diberikan kepada individu terpilih sahaja dan bukan menerusi pengundian umum atau ‘public balloting’. 

Demikian diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2021, BG Tan Cheng Kwee, yang menjelaskan bahawa tiket-tiket bagi pertunjukan fizikal NDP akan diberikan kepada ‘Wira Seharian’ atau ‘Everyday Heroes’ seperti guru, penjaja dan pemandu pengangkutan awam.

Proses pemilihan wira-wira ini masih dalam perbincangan dan jawatankuasa penganjur akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam melakukan pemilihan, kata BG Tan

NDP tahun ini akan kembali ke Pentas Terapung Marina Bay. 

BG Tan menambah bahawa disebabkan pandemik Covid-19 yang masih berubah, bilangan penonton yang dibenarkan di Pentas Terapung Marina Bay hanya dapat diumumkan sebelum 9 Ogos nanti. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3