Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tikus merayap di FairPrice Pasir Ris West Plaza; langkah kawal binatang diambil

Oct 09, 2023 | 10:46 AM



Sebuah cawangan pasar raya FairPrice di Pasir Ris West menerima seekor ‘tetamu’ yang tidak diingini baru-baru ini.

Kebetulan seekor tikus kelihatan merayap di rak-rak makanan cawangan di Pasir Ris West Plaza itu pada waktu malam.

Hal itu dirakam dalam satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Cik Ayuni (@ayuuuniaz) lewat malam Khamis (5 Oktober).







Dalam video itu, Cik Ayuni kelihatan berada di seksyen roti cawangan pasar raya itu apabila beliau ternampak sebahagian ekor binatang yang terkeluar dari barisan terendah sebuah rak-rak makanan.

Apabila Cik Ayuni mendekati rak-rak itu sambil merakam video menerusi telefon bimbitnya, kelihatan seekor tikus berwarna coklat gelap yang sedang merayap di rak-rak itu yang mengandungi beberapa paket roti.

Tikus itu kemudian memecut keluar dari rak-rak tersebut apabila Cik Ayuni mendekatinya dan beliau telah memberitahu kakitangan pasar raya tentang kejadian itu.

Cik Ayuni, dalam video itu berkata kakitangan cawangan FairPrice itu telah menerapkan langkah kawal binatang perosak selepas kejadian itu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian menerusi Instagram, Cik Ayuni mengesahkan kejadian itu berlaku di cawangan FairPrice West Plaza pada Khamis, 5 Oktober sekitar 11 malam.


Beliau sedang mencari barang keperluan rumah apabila beliau ternampak tikus itu, katanya.

“Pada awalnya saya telah menghalau tikus itu keluar dan oleh sebab saya ingin tahu di mana ia akan pergi saya merakam kejadian itu.

“Saya ternampak tikus itu di seksyen roti. Tetapi ia kemudian melarikan diri ke arah makanan segar selepas saya mendekatinya,” tambah Cik Ayuni.

Susulan kejadian itu, seorang jurucakap Kumpulan FairPrice berkata, ia sedar terhadap kejadian itu.

Beliau berkata pihak Fairprice ingin mengesyorkan kepada pelanggan ia berpandang serius terhadap isu pembersihan dan keselamatan makanan.

“Sejurus selepas kami diberitahu tentang kejadian itu, produk berkenaan terletak di sekitar kawasan yang terjejas telah dibuang,” kata jurucakap itu.

“Kawasan itu juga telah dibersihkan dan dibasmi selaras protokol pembersihan.”

Sejak kejadian itu, pihak Fairprice juga telah mengambil langkah proaktif tambahan termasuk melakukan lebih langkah kawalan binatang perosak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >