Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan pengarah NLB didakwa bocor maklumat pembukaan semula Fasa 2

OSA
May 19, 2021 | 04:18 PM



SEORANG timbalan pengarah di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) didakwa pada Rabu (19 Mac) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana kesalahan membocorkan maklumat mengenai penyambungan semula kegiatan pada fasa dua dan pembukaan semula Singapura pada Jun tahun lalu.



Chua Wee Lin, 51 tahun, berdepan dengan tuduhan menyampaikan maklumat yang tidak sepatutnya dikongsi dengan orang lain.



Sebagai timbalan pengarah jabatan pengurusan hartanah dan kemudahan di NLB, Chua mempunyai akses pada maklumat berkenaan.



Beliau didakwa membocorkan maklumat tersebut dalam kumpulan sembang WhatsApp yang mempunyai 18 anggota lain pada 11 Jun tahun lalu sebelum pemerintah mendedahkan keterangan itu kepada orang awam.



Dalam kenyataan pada Selasa (18 April), polis berkata maklumat yang sepatutnya dirahsiakan itu telah disebar kepada anggota WhatsApp yang kemudian berkongsinya dengan orang lain secara meluas sebelum tempoh ia rasmi diketahui umum.



Enam orang lain yang telah menerima dan menyebarkan maklumat berkenaan akan juga diberi amaran tegas, tambah polis.



Di bawah OSA, adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang menggunakan kedudukannya dalam pemerintah bagi menyampaikan maklumat yang diperolehi khusus kerana tugasannya kepada orang lain. Ia juga menjadi satu kesalahan bagi yang menerima maklumat sedemikian.



Chua kini diikat jamin sebanyak $5,000 dan dijadualkan kembali ke mahkamah pada 16 Jun.



Menurut NLB dalam jawapannnya kepada akhbar The Straits Times, Chua telah digantung dari tugasannya serta-merta menyusuli dirinya ditangkap polis pada 13 Jun tahun lalu.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami secara tetap menekankan kepentingan keselamatan maklumat kepada kakitangan kami di samping mengigatkan mereka tentang kod tingkah laku yang diperlukan," ujar jurucakap NLB itu lagi.



Ini adalah kes terkini menyusuli dua kes serupa di bawah OSA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >