Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Timbalan Pesuruhjaya Polis Ketua Pengarah baru Kastam mulai 1 Sep

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Pesuruhjaya Polis (Operasi) Tan Hung Hooi akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah Kastam Singapura daripada Encik Ho Chee Pong mulai 1 September ini.



Ini diumumkan dalam satu kenyataan akhbar Kementerian Kewangan (MOF) semalam.



Encik Ho, 53 tahun, yang menjadi ketua pengarah kastam sejak Januari 2014, akan dilantik dalam jawatan kanan di sektor pendidikan apabila tugasnya di kastam tamat.



Menurut MOF, Encik Tan, 53 tahun, menyertai pasukan polis pada 1994 dan memegang beberapa jawatan utama sepanjang kerjaya 28 tahun di Home Team, iaitu selaku Timbalan Pesuruhjaya Dasar dan Transformasi di Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA); Pengarah Tenaga Manusia di pasukan polis; dan Komander Divisyen Polis Central dan Arahan Keselamatan Polis.



Dalam tempoh tugasnya sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis (Operasi), beliau mengawasi operasi Covid- 19 pihak polis sewaktu pandemik.



Beliau juga memimpin beberapa kerja pembangunan meliputi bidang dasar, operasi dan teknologi termasuk dalam bidang menentang jenayah dan pengganasan, keselamatan, latihan dan mendekati masyarakat.



Encik Ho, dalam pada itu, telah memacu penggunaan teknologi di Kastam Singapura, jelas kenyataan MOF itu lagi.



Inisiatif yang dipimpinnya termasuk mendigitalkan proses kastam dan memperkukuh ketersambungan dagangan digital dengan rakan kerjasama dagangan di luar negara.



Beliau juga memainkan peranan penting dalam membangun Platform Dagangan Berangkaian, sebuah ekosistem dagangan dan logistik silang sempadan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >