Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tin Pei Ling jamin sikap telus, elak konflik setelah sertai Grab

Feb 04, 2023 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP), Cik Tin Pei Ling (SMC MacPherson), menyatakan peranan beliau sebagai ahli politik adalah berbeza daripada peranan barunya sebagai pengarah hal ehwal awam dan dasar di Grab Singapore.



Menerusi laman LinkedIn beliau kelmarin, yang ditukil The Straits Times, Cik Tin mencatatkan beliau berikan ketelusan, tidak kira apa pun peranannya.



"Ia jelas apabila saya menunaikan tugas sebagai AP, konstituen dan rakyat Singapura didahulukan.



"Apabila saya bekerja bagi pihak Grab, saya perlu pastikan kepentingan Grab dilindungi," ujar beliau.



Cik Tin, 39 tahun, yang menyertai Grab Januari lalu, menyatakan beliau menerima beberapa soalan sama ada terdapat konflik kepentingan selepas menyandang jawatan tersebut.



Pelantikannya diumumkan Rabu lalu setelah beliau membuat penampilan di jamuan tengah hari Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Grab untuk 750 pemandu peribadi di sebuah restoran di Singapore Expo.



Cik Tin berkata: "Pihak syarikat telah menetapkan peraturan yang jelas untuk memastikan sebarang kemungkinan konflik kepentingan akan diisytiharkan dengan betul dan dielakkan.



"Parti Tindakan Rakyat (PAP) juga mempunyai set peraturan kebijaksanaan yang diterbitkan, serta mekanisme yang ada untuk pengisytiharan kepentingan dan mengelakkan konflik kepentingan."



Dalam catatannya, beliau berkata dengan menyandang jawatan di Grab, ia dapat meluaskan pola pemikiran dan mengasah kemahiran baru.



Sebelum menyertai Grab, Cik Tin merupakan ketua pegawai eksekutif Business China, pertubuhan bukan mencari keuntungan yang diterajui oleh pemerintah Singapura dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI).



Beliau meletak jawatan pada Disember 2022 selepas menyandang jawatan tersebut selama empat setengah tahun.



Beliau kekal sebagai sebahagian daripada lembaga pengarah Business China.



Dari Mei 2017 hingga Mei 2018, beliau merupakan pengarah kumpulan bagi strategi korporat di Jing King Technology Group, yang kini dikenali sebagai Adera Global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >