Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perikatan tangani bahaya dalam talian, terutama bagi wanita, kanak-kanak

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH Perikatan Untuk Bertindak (AfA) bagi menangani bahaya dalam talian, terutama ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan, dilancarkan oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) semalam, dua bulan selepas satu kejadian gangguan seksual terhadap beberapa asatizah wanita setempat.



Ini menyusuli pendampingan dengan lebih 300 pihak berkepentingan dalam lebih 10 sesi dialog sejak Februari lalu bagi membincangkan isu seperti penerbitan gambar intim dalam talian tanpa izin, interaksi dalam talian yang tidak diingini seperti gangguan seksual, dan kewujudan wadah dalam talian yang menggalak maksiat.



"Menerusi pendampingan yang kami jalankan, kami dapati terdapat pengiktirafan luas bahawa bahaya dalam talian sedemikian membentuk kebimbangan serius kepada masyarakat," kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, yang mempengerusikan AfA itu bersama Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Cik Rahayu Mahzam.



"Terdapat juga keinginan kolektif untuk membantu wanita dan kanak-kanak perempuan kita, menutup jurang keselamatan digital ini supaya mereka dapat menikmati tahap kebebasan dan keyakinan yang sama di dalam talian dan dalam kehidupan sebenar," tambahnya.



AFA itu akan memberi tumpuan kepada menutup jurang keselamatan digital, dan mengambil tindakan untuk meningkatkan kebebasan dan keselamatan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam masa depan digital, kata MCI dalam satu kenyataan.



Ia akan menangani isu bahaya dalam talian dalam lima aliran utama iaitu pendidikan awam, penyelidikan, bantuan untuk mangsa, penglibatan belia dan kesukarelawanan.



Dengan pelancaran AfA itu, Cik Rahayu berkata apa yang diharap dapat dilihat ialah minat seluruh negara dan lebih banyak tindakan dalam masyarakat, untuk menjadikan visi itu satu realiti.



"AfA ini adalah satu usaha untuk kita lihat bagaimana kita dapat melakarkan strategi, adakan penyelesaian yang dapat memberi perubahan dalam keadaan masyarakat kita.



"Ini sememangnya sesuatu yang pemerintah tidak dapat lakukan sendiri, dan dengan adanya keinginan dalam masyarakat untuk melihat perubahan dan membantu mereka yang terjejas, saya rasa ini adalah waktu yang sesuai untuk kita menggalas usaha ini bersama dan membawa semua dalam masyarakat untuk terus membantu," kata Cik Rahayu.



Pembentukan AfA itu telah diumumkan oleh Cik Sim Ann dalam satu dialog bulan lalu yang diadakan berikutan kes tinjauan lucah dalam talian melibatkan asatizah setempat. Dalam tinjauan tersebut, sekurang-kurangnya 12 ustazah diperagakan sebagai objek seksual.



AfA itu akan bermula dengan 48 anggota dari sektor warga, awam dan swasta (3P), dan sepertiga ahlinya adalah kaum lelaki.



Lapan daripada mereka merupakan anggota masyarakat Melayu/Islam, termasuk Zamil Kanan Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat; peguam Cik Nur Liyana Mohamed Sinwan; dan Ustazah Nadia Hanim Abdul Rahman.



"Salah satu teras usaha ini adalah untuk mewujudkan norma yang lebih baik dalam membangunkan penggunaan alat digital dan ruang dalam talian yang selamat dan lebih bertanggungjawab.



"Wadah ini memberi peluang kepada anggota untuk meneliti beberapa masalah yang lebih terperinci dan mungkin menghasilkan penyelesaian yang lebih disasarkan," kata Cik Rahayu.



"Kami sangat bergantung kepada pengalaman dan kepakaran anggota kami serta orang ramai dalam memberi pandangan supaya kami dapat terus membentuk dan mendorong orang ramai ke arah menjadi lebih bertanggungjawab dan hormat dalam penggunaan alat digital dan ruang digital mereka," tambahnya.



Perikatan itu juga sedang meneroka kerjasama bagi usaha tersebut dan sebagai permulaan, MCI sedang menyokong satu 'hackathon' masyarakat dengan DBS dan Badan Kehakiman Singapura.



'Hackathon' itu, yang turut dilancarkan semalam, bertujuan menjana huraian inovatif bagi ruang dalam talian yang lebih selamat dan lebih baik.



Orang ramai yang beminat mencipta bersama inisiatif bagi menangani bahaya dalam talian, dan menyumbang kepada perikatan itu boleh menyuarakan minat mereka di go.gov.sg/mciafa.




"Menerusi pendampingan yang kami jalankan, kami dapati terdapat pengiktirafan luas bahawa bahaya dalam talian sedemikian membentuk kebimbangan serius kepada masyarakat.

Terdapat juga keinginan kolektif untuk membantu wanita dan kanak-kanak perempuan kita, menutup jurang keselamatan digital ini supaya mereka dapat menikmati tahap kebebasan dan keyakinan yang sama di dalam talian dan dalam kehidupan sebenar."

- Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann.



"Salah satu teras usaha ini adalah untuk mewujudkan norma yang lebih baik dalam membangunkan penggunaan alat digital dan ruang dalam talian yang selamat dan lebih bertanggungjawab.

Wadah ini memberi peluang kepada anggota untuk meneliti beberapa masalah yang lebih terperinci dan mungkin menghasilkan penyelesaian yang lebih disasarkan."

- Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >