TINGGAL tiga hari lagi bagi para pembaca Berita Harian merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan dalam promosi langganan yang akan berakhir hujung bulan ini.
Pembaca yang melanggani pakej 'Semua-Dalam-Satu' (AIO) selama dua tahun akan mendapat hadiah seperti telefon bijak Samsung Galaxy Pocket Neo bersama alat pendengar Bluetooth berjenama Samsung atau basikal lasak (mountain bike).