Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Tinggalkan budaya 'pakai buang' agar S'pura kekal mampan: Grace

Apr 21, 2023 | 05:30 AM



WARGA Singapura perlu meninggalkan budaya 'pakai buang' bagi memastikan Singapura kekal mampan pada masa akan datang.



Itu antara perubahan besar yang perlu dilalui Singapura ke arah memanfaatkan sumber secara berkesan dalam menangani kesan perubahan iklim, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.



Meskipun model 'beli pakai buang' "memudahkan", ia menjejas sumber Singapura, tambah Cik Fu.



"Ia meletakkan tekanan yang tinggi terhadap sumber Singapura, kita perlu menghasilkan lebih banyak (produk) dan juga membuang lebih banyak (produk).



"Namun perubahan ini memerlukan komitmen semua segmen masyarakat," ujar beliau.



Contohnya, dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik, pelanggan yang membelibelah boleh membawa beg guna semula sendiri dan mengitar semula bungkusan produk mereka jika perlu.



Mulai pertengahan 2023, pelanggan yang ingin menggunakan beg plastik pakai buang perlu membayar sekurang-kurangnya lima sen di kebanyakan pasar raya.



Cik Fu menambah bahawa pertubuhan bukan pemerintah serta sekolah juga boleh membantu dalam menyebarkan mesej tersebut untuk mendidik anggota masyarakat dan menggalak mereka menggunakan cara alternatif mengisi sampah di rumah selain menggunakan plastik.



Perniagaan juga perlu mengubah proses mereka, contohnya dengan menggunakan bahan yang sesuai dalam membungkus produk supaya ia dapat dikitar semula dan mengurangkan bungkusan yang digunakan.



Industri pula boleh membentuk sikap konsumer dengan menganjurkan pengumpulan bahan-bahan kitar semula.



Cik Fu menekankan pentingnya pilihan serta tindakan individu yang bukan mempunyai kesan terhadap orang lain sahaja, malah boleh membentuk norma dan juga budaya, serta menentukan sikap sebagai satu masyarakat.



"Kita perlu melakukannya bukan hanya kerana persekitaran, tetapi juga sebagai tanggungjawab kepada satu sama lain dalam memastikan rumah yang dikongsi kekal bersih, hijau dan selamat," tambahnya.



Memberi contoh tanggungjawab tersebut, Cik Fu berkata mereka yang makan di pusat penjaja harus membersihkan meja sendiri selepas makan untuk bersikap lebih bertimbang rasa terhadap pengunjung lain.



Membuang tisu kotor selepas makan juga mengurangkan risiko pengunjung lain, pegerai, atau pekerja pembersihan menjangkiti penyakit.



Pengunjung juga perlu bersedia membayar harga yang lebih tinggi bagi menyokong penjaja tempatan yang bekerja keras selama ini, supaya mutu kehidupan mereka maju selaras dengan mutu kehidupan anggota masyarakat lain, tambah Cik Fu.



"Sambil kita menghadapi cabaran masa depan, kita perlu terus memastikan kita bertindak berdasarkan azam kita.



"Dengan bekerjasama, seperti yang telah kita lakukan dahulu, kita berupaya membentuk Singapura yang lebih mampan bagi tahun-tahun akan datang," kata Cik Fu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >