Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tingkat sokongan, pengiktirafan pekerja teknikal

Apr 29, 2023 | 06:40 PM



MESKIPUN terdapat lebih banyak usaha yang telah dijalankan untuk mengiktiraf pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal, Singapura perlu bergerak lebih pantas, kata Presiden Halimah Yacob.



Dalam ucapannya sempena Hari Pekerja yang diterbitkan dalam bentuk video di laman Facebook beliau pada Sabtu, Puan Halimah menarik perhatian Switzerland dan Jerman yang menawarkan pekerjaan baik berdasarkan kemahiran menerusi skim perantisan oleh rakan kerja industri.



Namun, Singapura tetap berpegang pada pemikiran yang kuno tentang pekerjaan, membezakan antara pekerjaan yang memerlukan kelayakan akademik dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran teknikal. 



Tambahnya, automasi telah mengubah pekerjaan.



“Bandingkan sahaja pekerjaan seorang pekerja perkilangan sekarang dan dahulu, ia tidak sama lagi. Memandangkan mesin kini menjalankan fungsi rutin dan berulang, pekerja kini harus melaksanakan tugas yang lebih rumit dan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah yang memerlukan pengetahuan,” ujar Puan Halimah.



Oleh itu, adalah penting pekerjaan berasaskan kemahiran dihargai dan diberi ganjaran yang sewajarnya kerana tiada usaha yang dapat mencetuskan perubahan sekiranya jika pekerjaan itu tidak menawarkan gaji yang baik, mempunyai prospek kerjaya yang rendah atau dianggap lebih rendah daripada pekerjaan yang memerlukan kelayakan akademik.



Dalam ucapannya, Puan Halimah turut menarik perhatian hubungan pengurusan pekerja (LMR) yang baik di Singapura serta peranan yang dimainkan kesatuan sekerja.



Meskipun Singapura berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan perang di Ukraine, beliau berkata negara ini tetap dapat mengekalkan hubungan pengurusan pekerja yang baik.



Hubungan stabil ini hasil perikatan tiga pihak yang kukuh antara pemerintah, majikan dan kesatuan sekerja telah membolehkan pemerintah memberi tumpuan pada usaha mengembangkan ekonomi dan menghasilkan pekerjaan, tambahnya.



Namun, hubungan pengurusan pekerja yang baik bukan satu kepastian.



Sebaliknya, Puan Halimah berkata hubungan ini perlu terus dipupuk dan merupakan satu nilai bersama yang perlu digalakkan oleh pemimpin perikatan tiga pihak.



Bahkan, kesatuan sekerja juga memainkan peranan positif untuk memelihara hubungan pengurusan pekerja yang baik.



“Mereka mewakili suara pekerja di wadah penggubalan dasar nasional dan membantu pekerja mempertingkat kemahiran bagi perubahan dalam ekonomi, khususnya dengan lebih banyak usaha pendigitalan dan penghasilan kerja yang ‘hijau’.



“Mereka terus mewakili pekerja dengan teguh di tempat kerja untuk memastikan keadilan,” ujarnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >