Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usahawan Salleh Marican ikrar $2,222,222 kepada Wakaf Masyarakat S'pura

Apr 28, 2023 | 08:33 PM



MENINGKATKAN taraf kehidupan masyarakat merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.


Pegangan inilah yang telah mendorong Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd (SCP), Encik Salleh Marican supaya tampil ke depan untuk memberi sokongan kepada Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), yang ditubuhkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). 


Usahawan mapan itu telah mengikrarkan sumbangan dana peribadi sebanyak $2,222,222 kepada wakaf itu.


Beliau adalah di antara beberapa individu yang memberi komitmen sumbangan demi menyokong pembentukan wakaf yang bertujuan menampung pendanaan jangka panjang khususnya untuk institusi-institusi keagamaan, pembangunan asatizah dan program masyarakat.


Pembentukan WMS diumumkan sekitar tiga tahun lalu. 


Semasa dihubungi, Encik Salleh menjelaskan wakaf itu adalah sesuatu yang penting dan golongan seperti beliau boleh memainkan peranan dalam memastikan matlamat wakaf itu dapat direalisasikan.


“Saya merasakan sangat penting untuk saya membuat sumbangan kepada wakaf ini yang memang bermakna.

“Makanya, kalau kita dari golongan yang bernasib baik dan mempunyai rezeki yang lebih, memang patut untuk kita asingkan sebahagian daripada harta dunia kita untuk menolong orang yang susah dan menyokong masyarakat.


“Satu cara untuk kita membantu mereka ialah menerusi WMS. Ini kerana wakaf ini akan membantu antara lain dalam usaha meningkatkan masjid dan asatizah.


“Dan ini amat penting, kerana agama, masjid dan asatizah kita memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Inilah yang membuat saya terpanggil untuk membuat sumbangan ini,” ujar beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >