Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN GANGGUAN SEKSUAL LIBAT GOLONGAN USTAZAH

Tinjauan berbaur lucah rendahkan wanita, tiada tempat di SG: Josephine Teo

May 29, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo menegaskan bahawa tinjauan lucah yang diadakan ke atas asatizah setempat merendahkan wanita dan "tiada tempat di Singapura".



Mereka yang melakukan perbuatan itu telah melanggar Kod Amalan Internet (ICOP) di bawah Akta Penyiaran kerana mempunyai kandungan terlarang.



Mengutuk perkara itu dalam posnya di Facebook semalam, beliau berkata sesiapa di sebalik ini bukan sekadar cuba untuk menjadi "lucu".



"Mereka telah melakukan sesuatu secara sengaja untuk merendahkan wanita, dan lebih-lebih lagi wanita yang telah menumpukan diri mereka untuk menegakkan agama mereka.



"Saya terkejut dengan hal ini dan menyertai seruan untuk mengecam dengan amat keras tinjauan ini," tulisnya.



Menurutnya lagi, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah mengarahkan wadah media sosial MeWe untuk menghapuskan tinjauan lucah tersebut jika ia masih ada dan pada masa yang sama meminta wadah media sosial besar seperti Facebook, Google dan Twitter agar memastikan pos itu tidak tular di wadah mereka.



Berita Harian (BH) difahamkan tinjauan itu telah dipadamkan.



Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan meneruskan usaha melindungi wanita dan kanak-kanak perempuan daripada bahaya yang timbul dalam talian.



"Tidak kira di luar talian atau dalam talian, penghormatan dan keselamatan bagi wanita perlu menjadi norma. Tiada persoalan tentang itu," katanya.



'Tinjauan' itu, yang diterbitkan di aplikasi sosial media MeWe, menyenaraikan 12 ustazah Singapura dan meminta pengguna aplikasi itu menilai mereka berdasarkan tarikan seksual dan mengundi siapa yang ingin mereka pilih untuk dirogol beramai-ramai.



Aplikasi yang boleh dimuat turut percuma itu serupa Facebook, dan membolehkan pengguna menjalin hubungan, menghantar pesanan ringkas dan membentuk kumpulan perbincangan tertutup.



Pemeriksaan BH menunjukkan 'tinjauan' itu dimulakan oleh pengguna yang menggelar dirinya M.A dan dikongsi dalam kumpulan tertutup bernama 'Awek Tudung'.



Difahamkan bahawa kumpulan itu mempunyai lebih 79,000 anggota dari berbilang negara, termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia.



Sehingga pagi kelmarin, lebih 1,000 orang telah menyertai 'tinjauan' itu.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah membuat laporan polis bagi pihak berkuasa mempercepatkan siasatan mengenai hal ini dan akan membawa pesalah ke muka pengadilan.



Presiden Halimah Yacob kelmarin turut menggesa pihak berkuasa menimbangkan apakah orang terlibat - ada daripada mereka dikatakan merupakan pelajar pengajian Islam - masih layak berdakwah kepada masyarakat selepas menamatkan pengajian.




"Mereka telah melakukan sesuatu secara sengaja untuk merendahkan wanita, dan lebih-lebih lagi wanita yang telah menumpukan diri mereka untuk menegakkan agama mereka. Saya terkejut dengan hal ini dan menyertai seruan untuk mengecam dengan amat keras tinjauan ini ... Tidak kira di luar talian atau dalam talian, penghormatan dan keselamatan bagi wanita perlu menjadi norma. Tiada persoalan tentang itu."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >