Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERJASAMA BH DAN FG STRATEGIES

Tinjauan BH untuk fahami pembaca muda

Jul 14, 2023 | 04:05 PM



Menarik lebih ramai golongan muda adalah di antara usaha Berita Harian (BH) dalam strateginya untuk menjadi lebih relevan kepada para pembaca.


Golongan muda, khususnya mereka yang berusia antara 15 dengan 34 tahun, adalah penting bagi BH untuk memperluaskan pembacanya.


Memahami bahawa pergerakan berita dan maklumat telah berubah dengan pesat pada zaman ini, BH sedar betapa pentingnya untuk menarik perhatian pembaca muda yang semakin cenderung dalam bidang digital dan terlibat dengan media sosial. 

Untuk memahami pembaca muda dengan lebih baik, BH kini aktif meningkatkan pemahaman bagi mendalami keinginan dan keperluan mereka.

BH telah melancarkan tinjauan pembaca yang sedang berlangsung bulan ini.







Tinjauan itu adalah sebahagian daripada inisiatif Makmal Kepelbagaian Audiens (ADL) dan sedang dijalankan hingga akhir Julai ini bagi memahami trend pembaca.

Inisiatif ADL ini bertujuan membantu BH meningkatkan dan mengukuhkan hubungan dengan pembaca yang lebih muda.

Ia juga akan membantu BH untuk berkembang seiring perubahan landskap media yang kian berubah dan membangun masa depan yang mampan.

Tinjauan ini akan membina empati terhadap audiens dan memainkan peranan penting dalam membentuk kandungan dan strategi yang lebih relevan kepada pembaca.

Menerusi dapatan tinjauan ini serta data Analitik Google (GA) yang dikumpulkan, beberapa daya usaha akan cuba diperkenal bagi meningkatkan bilangan pembaca muda.

Tinjauan terkini diadakan menyusuli tinjauan ringkas yang BH jalankan pada April lalu.

Hasil tinjauan April lalu semasa BHazar BH berlangsung selama tiga minggu, menunjukkan bahawa generasi muda kian kurang minat membaca akhbar berita. 

Dalam 1,448 responden tinjauan itu, lebih separuh, atau 752 responden adalah golongan muda berusia antara 15 dengan 34 tahun.

Dalam golongan itu, hanya 11 peratus yang menyatakan mereka membaca akhbar BH secara kerap.

Sebanyak 70 peratus daripada mereka pula hanya membaca akhbar jika kandungan berita tertentu menarik minat mereka.

Golongan muda yang ditinjau turut menyatakan mereka lebih gemar membaca mengenai topik-topik gaya hidup.

Di samping itu, hasil tinjauan mencatat 63 peratus daripada golongan muda menyatakan mereka lebih gemar membaca berita dalam bahasa Inggeris.

Sekitar 65 peratus daripada mereka juga kerap bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan berita. 

Peningkatan dalam sumber-sumber berita sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga memberikan para pembaca pelbagai pilihan untuk mendapatkan berita. 

Sejajar dengan trend ini dan bagi memastikan pertumbuhan pembaca generasi mendatang, BH akur perlunya transformasi yang akan memperluas dan menarik golongan pembaca muda.

Selanjutnya, BH meletakkan matlamat menjalin hubungan rapat dengan pembaca muda dan menawarkan kandungan serta produk yang memenuhi minat, keperluan dan cita rasa mereka.

Tinjauan BH boleh dilakukan dalam talian di media sosial BH, dengan mengimbas kod QR pada gambar di atas atau melalui laman web https://bit.ly/44xyIFR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >