Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Jumlah warga S'pura yang berjudi susut, bilangan ketagih judi kekal rendah

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



JUMLAH warga Singapura yang berjudi merosot dan bilangan yang mempunyai ketagihan berjudi kekal rendah, mengikut hasil tinjauan yang dilakukan oleh Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG).



Bilangan yang merosot ini mungkin sebahagiannya disebabkan peluang berjudi yang terhad akibat sekatan Covid-19, kata mereka yang bekerja rapat dengan penjudi bermasalah.



Tinjauan itu, yang dikeluarkan kelmarin, mendapati 44 peratus warga Singapura dan penduduk tetap berusia 18 tahun dan ke atas berkata mereka berjudi sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun lalu, berkurangan berbanding 52 peratus dalam tinjauan 2017.



Kemerosotan ini juga dilihat bagi kebanyakan kumpulan demografik, dan bagi jenis perjudian termasuk 4-D, Toto dan perjudian sosial.



Majlis itu berkata kemerosotan tersebut penting.



Ia telah melakukan tinjauan itu ke atas 3,000 orang setiap tiga tahun sejak 2005, untuk menentukan tahap perjudian dilakukan di sini dan sebarang corak perjudian.



Namun, majlis itu juga berkata jumlah penduduk yang berjudi kekal sekitar 50 peratus sejak tinjauan pertama dilakukan.



Jenis perjudian 4-D adalah yang paling popular dilakukan dalam kalangan peserta tinjauan itu, serupa dengan tinjauan 2017.



Sekitar 34 peratus membuat pertaruhan 4-D, diikuti Toto (31 peratus) dan perjudian sosial (16 peratus).



Hanya 1 peratus membuat pertaruhan kuda atau mencuba nasib di mesin jackpot di kasino di sini. Lagi 0.3 peratus berjudi di dalam talian.



Tinjauan itu juga mendapati jumlah median sebulan yang dipertaruhkan oleh penjudi telah berkurangan daripada $30 pada 2017 kepada $15 pada 2020, dengan 89 peratus penjudi mempertaruhkan $100 atau lebih rendah sebulan.



Segelintir, atau 0.3 peratus, pula membuat pertaruhan melibatkan wang yang banyak - di mana mereka mempunyai pertaruhan purata lebih $1,000 sebulan.



Disebabkan Covid-19, kegiatan berjudi disekat semasa tinjauan dijalankan, apabila operasi kasino dan Singapore Pools digantung beberapa kali sepanjang 2020.



Jurucakap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata:



"Meskipun kami telah menyesuaikan tinjauan untuk mengehadkan kepada minimum kesan sekatan, ia masih boleh menjejas respons."



Pengarah eksekutif We Care Community Services, Cik Tham Yuen Han, yang mengendalikan kumpulan sokongan bagi orang yang mempunyai ketagihan berjudi, berkata satu lagi faktor yang boleh menyebabkan bilangan orang berjudi berkurangan ialah tinjauan tersebut bergantung pada data yang diberikan oleh peserta, dan orang yang mempunyai ketagihan berjudi besar kemungkinannya telah berpindah ke saluran berjudi haram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >