Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan Muis: Rata-rata sokong langkah berjaga-jaga dilaksana apabila masjid dibuka semula

Mar 24, 2020 | 07:47 PM



SATU tinjauan dalam talian yang dijalankan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini menunjukkan orang Islam rata-rata menyokong langkah berjaga-jaga tambahan yang perlu dilaksanakan apabila masjid dibuka kelak.



Tinjauan itu, yang dijalankan ke atas 32,000 responden pada 19 dan 20 Mac lalu, antara lain mendapati 81 peratus selesa suhu badan mereka diambil sebelum memasuki masjid manakala 69 peratus berkata mereka selesa jika tidak dibenarkan memasuki masjid sekiranya didapati tidak sihat.



Seramai 79 peratus berkata mereka bersedia membawa peralatan solat sendiri seperti sejadah dan telekung ke masjid.



Selain itu, 96 peratus responden pula setuju jemaah masjid perlu selalu mencuci tangan dengan sabun dan mengekalkan wudhu semasa penularan Covid-19.



Di sidang media pada Selasa (24 Mac), Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) dan doktor perubatan di Banyan Clinic Jurong West, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan, berkata orang ramai digalak membawa peralatan solat sendiri ke masjid atau apabila bersolat di mana-mana pun, bagi mengurangkan risiko dijangkiti koronavirus.



Beliau turut menggalakkan orang Islam agar mengambil wudhu di rumah sebelum ke masjid.

“Kita galakkan para jemaah agar mengambil wudhu dari rumah dan elakkan mengambil wudhu di tempat awam kerana takut terkena penyakit virus ini daripada premukaan di tempat awam,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >