Tinjauan: Peranan jantina dan norma perkahwinan yang kian berubah pengaruhi keputusan lahirkan lebih anak
Jul 07, 2015 | 05:30 AM
PERANAN jantina dan norma perkahwinan yang semakin berubah - seperti adanya pembahagian kerja rumah antara suami dengan isteri - boleh mempengaruhi keputusan pasangan melahirkan lebih ramai anak.
Ini lebih menonjol dalam kalangan pasangan berusia 30-an tahun, khususnya golongan wanita, yang dianggap lebih ragu-ragu terhadap keputusan itu kerana berpendidikan dan mempunyai cita-cita kerjaya lebih tinggi.