Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Ramai ibu bapa tidak menggunakan tempat duduk kereta khas untuk kanak-kanak

Mar 03, 2019 | 04:46 PM



HAMPIR setengah daripada ibu bapa tidak menggunakan tempat duduk kereta khas untuk anak-anak mereka, walaupun ramai yang bersetuju ini merupakan langkah keselamatan yang amat penting.



Hasil tinjauan yang dilakukan empat pelajar tahun akhir Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu menunjukkan dalam 513 ibu bapa yang mempunyai anak-anak lebih kecil dari 10 tahun, sekitar 78 peratus berkata mereka memiliki tempat duduk kereta untuk kanak-kanak namun hanya 55 peratus yang menggunakannya. 



Hampir separuh ibu bapa yang mempunyai kereta berkata anak-anak mereka tidak berasa selesa jika menggunakan tempat duduk tersebut manakala mereka yang tidak memiliki kereta berkata agak sukar untuk membawa tempat duduk khas itu ke mana-mana. 



Salah seorang anggota kumpulan pelajar NTU itu, Cik Gracia Ow, 23 tahun, berkata: “Kami mendapati jurang antara jumlah ibu bapa yang memiliki tempat duduk kereta khas untuk kanak-kanak dan juga jumlah yang menggunakannya amat mengejutkan, kerana ia menunjukkan bahawa tindakan ibu bapa itu boleh menjejas keselamatan anak-anak mereka disebabkan halangan yang mereka rasakan itu.” 



Tinjauan tersebut dijalankan antara Oktober dan Disember tahun lalu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >