Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TAKLIMAT PENIPUAN TAHUNAN SPF

Tipu e-dagang antara penipuan terbanyak di S'pura, lebih $660j lesap dek penipuan pada 2022

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



PENIPUAN e-dagang kekal antara lima jenis penipuan yang paling banyak berlaku di Singapura pada 2022 - empat tahun berturut-turut - kata Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam statistik penipuan tahun ini.



Empat lagi jenis penipuan yang paling banyak berlaku di sini tahun lalu ialah pancingan data, pekerjaan, pelaburan dan panggilan rakan palsu.



Jumlah penipuan e-dagang bertambah 74.5 peratus kepada 4,762 kes pada 2022, daripada 2,729 kes pada 2021.



Nilai keseluruhan yang dilaporkan ditipu pula meningkat 261 peratus kepada sekurang-kurangnya $21.3 juta pada 2022, daripada sekurang-kurangnya $5.9 juta pada 2021.



Antara kaedah hubungan yang digunakan penipu ialah platform beli-belah dalam talian, dan ini sangat membimbangkan, kata polis kerana lebih separuh penipuan e-dagang berlaku melalui platform beli-belah.



Daripada 4,762 penipuan e-dagang yang dilakukan melalui platform beli-belah, 38.5 peratus, atau 1,834, berlaku di Carousell, manakala 23.9 peratus, atau 1,138, di Facebook.



Selain itu, 6.5 peratus, atau 311, penipuan e-dagang berlaku melalui Shopee, dan 6 peratus, atau 288, di Telegram. Bakinya berlaku melalui laman web lain.



Barang biasa yang terlibat dalam penipuan itu ialah barang elektronik, sewaan (unit kediaman) dan barang berkaitan permainan.



Statistik penipuan yang didedahkan oleh SPF menafikan mitos bahawa orang tua paling berkemungkinan ditipu.



"Orang yang lebih berhubungan dalam ruang digital, orang yang berurusan dengannya hari demi hari dan selesa dengan mengklik pautan - mereka semua terdedah," kata Pengarah Jabatan Ehwal Komersial (CAD), Encik David Chew.



Polis juga berkata penipu sering menghubungi golongan muda di platform beli-belah dalam talian, media sosial dan platform pemesejan.



Orang dewasa berusia antara 20 dengan 29 tahun, membentuk 26.7 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa penipuan.



Seramai 27.2 peratus daripada kumpulan usia itu menjadi mangsa penipuan pekerjaan, 20.2 peratus mangsa penipuan e-dagang, dan 17.6 peratus mangsa penipuan pancingan data.



Orang dewasa berusia antara 30 dengan 39 tahun membentuk 26.8 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa penipuan.



Seramai 24.8 peratus daripada mereka menjadi mangsa penipuan pekerjaan, 22.6 peratus mangsa penipuan pancingan data, dan 18.3 peratus mangsa penipuan e-dagang.



Sementara itu, hanya 8.8 peratus daripada jumlah keseluruhan mangsa penipuan adalah warga emas berumur 60 tahun ke atas.



Seramai 22.7 peratus daripada mereka menjadi mangsa penipuan pancingan data, 14.2 peratus mangsa penipuan panggilan rakan palsu, 10.9 peratus mangsa penipuan pelaburan.



Kumpulan umur lain yang menjadi mangsa penipuan termasuk kanak-kanak dan belia, berumur antara 10 hingga 19 tahun, yang membentuk 6.7 peratus daripada mangsa penipuan.



Orang dewasa berusia antara 40 dengan 49 tahun membentuk 19.2 peratus daripada mangsa penipuan.



Sejumlah $660.7 juta hilang pada 2022 akibat penipuan, bertambah daripada $632.0 juta pada 2021.



Daripada $660.7 juta itu, 30 peratus, atau $198.3 juta, lesap dek penipuan pelaburan - jenis penipuan paling besar dari segi nilai yang hilang.



Ini diikuti oleh penipuan pekerjaan, sebanyak 17.8 peratus, atau $117.4 juta, penipuan menyamar sebagai pegawai pemerintah (14.8 peraus, atau $97.6 juta), penipuan e-mel perniagaan (14 peratus, atau $92.2 juta), dan penipuan cinta Internet (5.4 peratus, atau $35.7 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >