Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu peperiksaan: Permohonan enam pelatih jadi peguam ditangguh

Apr 19, 2022 | 05:30 AM



ENAM peguam pelatih di sini yang telah membuat permohonan mereka untuk diterima menjadi peguam, ditangguhkan selepas mereka menipu dalam peperiksaan peguam profesional pada 2020.



Ini termasuk dalam ujian kertas dalam etika dan tanggungjawab profesional.



Untuk memberi peluang kedua, seorang hakim Mahkamah Tinggi mengarahkan keenam-enam mereka tidak dinamakan dengan harapan mereka tidak akan prejudis dalam jangka masa panjang.



"Dalam kerjaya di mana setiap ahli mesti menjadi seperti isteri Caesar - tanpa dicela - ketidakjujuran adalah masalah besar. Tetapi ia juga akan menjadi keras untuk menamatkan kerjaya profesional seseorang sebelum ia bermula," kata Hakim Choo Han Teck.



Mereka berenam kebanyakannya telah bekerja di firma besar dan terkenal. Lima daripada mereka kini bekerja sebagai eksekutif undang-undang.



Lima daripada mereka, yang telah berkongsi jawapan dalam enam kertas ujian melalui WhatsApp, terpaksa mengambil semula kertas ujian itu selepas mereka ditangkap.



Seorang lagi, yang berpakat dengan seorang individu yang mengambil peperiksaan dan menipu dalam tiga daripada kertas ujian itu, terpaksa mengambil semula keseluruhan kursus persediaan untuk apa yang dikenali sebagai Bahagian B peperiksaan peguam.



Mereka semua telah lulus peperiksaan yang diperlukan, tetapi permohonan mereka untuk diterima menjadi peguam ditangguhkan.



Tempohnya adalah enam bulan bagi lima peguam itu dan setahun bagi seorang peguam itu.



Para lulusan undang-undang perlu melalui kursus enam bulan dan lulus peperiksaan peguam profesional yang dikenali sebagai Bahagian B serta menjalani latihan kontrak selama enam bulan dengan sebuah firma undang-undang. Mereka kemudian layak untuk menjalankan tugas sebagai peguam.



Para lulusan universiti asing perlu mengambil satu lagi peperiksaan dikenali sebagai Bahagian A.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >