Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokoh korporat Ramlee Buang dilantik anggota PSC

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah melantik pemimpin daripada bidang kewangan dan perniagaan berusia 65 tahun, Encik Ramlee Buang sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) di Istana semalam.



Pelantikan buat satu penggal selama lima tahun itu berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO).



PSC terdiri daripada seorang pengerusi dan sekurang-kurangnya lima tetapi tidak melebihi 14 anggota lain.



Mereka perlu mengangkat sumpah sebelum mengambil jawatan itu untuk memberikan nasihat dalam sebarang hal yang dirujuk kepada PSC, secara bebas tanpa takut atau pilih kasih, kasih sayang atau niat jahat.



Mereka terlibat dan membantu melaksanakan semua fungsi utama PSC, termasuk mengekalkan disiplin dalam kalangan penjawat awam, dan melantik serta menaikkan pangkat penjawat awam, dan memilih seta membangunkan peme-gang biasiswa PSC.



Pengalaman dalam peranan korporat bantu pengiktirafan sebagai anggota PSC



Encik Ramlee Buang, 65 tahun, yang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) semalam, aktif dalam masyarakat dan merupakan ahli lembaga National Healthcare Group (NHG) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), di mana beliau mempengerusikan jawatankuasa risiko dan audit buat kedua-duanya.



"Saya berbesar hati diberi peluang berkhidmat dan menanti-nantikan kerja pemilihan dan pembangunan bakat bagi perkhidmatan awam," katanya mengenai pelantikan barunya.



Bepengalaman lebih tiga dekad bersama syarikat berbilang negara dalam peranan korporat dan pembangunan perniagaan, beliau pernah memikul pelbagai jawatan termasuk pengurus besar, ketua pegawai kewangan, dan pengarah pembangunan perniagaan.



Beliau merupakan naib presiden eksekutif, ketua pegawai kewangan dan pengarah firma suplemen kesihatan dan makanan Cerebos Pacific, sebelum menubuhkan Uyko Advisory, yang diasaskannya pada 2014 untuk menyediakan nasihat korporat, bimbingan dan pementoran.



Encik Ramlee juga menjadi sebahagian anggota lembaga Halogen Foundation (Singapura), pertubuhan yang memberi tumpuan kepada kepimpinan anak muda dan pembangunan keusahawanan.



Di situ, beliau berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa pelaburan bagi pertubuhan bukan mengaup keuntungan itu.



Beliau mempengerusikan lembaga 1FSS - anak syarikat MOH Holdings, syarikat induk bagi insitusi penjagaan kesihatan awam Singapura - yang merupakan pusat perkhidmatan kewangan yang dikongsi bagi semua institusi penjagaan kesihatan awam di sini.



Di luar sektor awam, Encik Ramlee ialah ahli lembaga Far East Orchard Limited, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Encik Ramlee merupakan anggota Persatuan Berkanun bagi Akauntan Bertauliah atau Chartered Association of Certified Accountants di United Kingdom, CPA di Australia dan ahli majlis Suruhanjaya Perakaunan Singapura.



Beliau dianugerahkan dengan Pingat Perkhidmatan Awam (PBM) pada 2018.



Pengerusi PSC, Encik Lee Tzu Yang, menyambut mesra kemasukan Encik Ramlee ke suruhanjaya tersebut.



"Pengalamannya yang kaya dalam bidang bimbingan dan pementoran, tadbir urus korporat dan pembangunan sumber manusia akan melengkapi kerja PSC dalam pemilihan dan pembangunan bakat," ujar beliau.




 "Pengalamannya yang kaya dalam bidang bimbingan dan pementoran, tadbir urus korporat dan pembangunan sumber manusia akan melengkapi kerja PSC dalam pemilihan dan pembangunan bakat."



- Encik Lee Tzu Yang, pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menyambut mesra kemasukan Encik Ramlee ke suruhanjaya tersebut.




ANGGOTA PSC



1) Encik Lee Tzu Yang Pengerusi PSC



2) Encik Kwa Chong Seng Timbalan Pengerusi PSC Pengerusi Singapore Technologies Engineering Ltd



3) Cik Chua Sock Koong Timbalan Pengerusi PSC



Penasihat Kanan Singtel 4) Encik Po'ad Mattar Pro-canselor Universiti Nasional Singapura (NUS)



5) Encik Edward D'Silva Penasihat Kanan SAA Architects Pte Ltd



6) Profesor Lily Kong Presiden Universiti Pengurusan Singapura (SMU)



Pengerusi Profesor Sains Sosial Lee Kong Chian



7) Encik Alan Chan Pengerusi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA)



8) Dr Sudha Nair Pengarah Eksekutif PAVE



9) Profesor Madya Benjamin Ong Naib Presiden Kanan NUS



10) Cik Euleen Goh Pengerusi SATS Ltd



11) Encik Ramlee Buang Pengerusi 1FFS Pte Ltd




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >