Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokoh niaga Ramlee Buang dilantik anggota baru Lembaga Acra

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



ANGGOTA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) dan peniaga, Encik Ramlee Buang, 66 tahun telah dilantik selaku seorang daripada tiga anggota baru ke Lembaga Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra).



Dalam satu kenyataannya pada Isnin, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan pelantikan itu berkuat kuasa 1 April ini.



Dua lagi anggota baru ialah Pengerusi Lembaga Rayuan Persaingan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Encik Tan Puay Boon dan Pengarah Kanan (Perumahan) Kementerian Pembangunan Negara (MND), Cik Yeo Wenshan.



"Kementerian Kewangan dan Acra mengalukan kehadiran Encik Ramlee, Encik Tan dan Cik Yeo ke Lembaga itu.



"MOF dan Acra juga ingin lahirkan penghargaan kepada seorang anggota yang bersara, Encik Muhammad Hidhir Abdul Majid, di atas sumbangannya yang tidak ternilai kepada Lembaga itu," kata kenyataan itu lagi.



Dalam jawapannya kepada Berita Harian, Encik Ramlee berkata:



"Saya gembira dan berbesar hati dapat menyumbang kepada kerja Acra dalam menyokong perniagaan, akauntan awam dan penyedia perkhidmatan korporat, dan menyelaras perniagaan serta pertumbuhan ekonomi di Singapura."



Encik Ramlee, pemimpin daripada bidang kewangan dan perniagaan, merupakan pengasas Uyko Advisory, yang dimulakannya pada 2014 untuk menyediakan nasihat korporat, bimbingan dan pementoran.



Beliau dilantik selaku anggota PSC oleh Presiden Halimah Yacob berkuat kuasa 1 Ogos 2022 untuk tempoh sepenggal selama lima tahun.



Beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dengan syarikat berbilang negara dalam pembangunan perniagaan dan peranan korporat terdiri daripada Pengurus Besar sehingga Ketua Pegawai Kewangan, serta Pengarah Kewangan dan Pembangunan Perniagaan.



Beliau adalah Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan, dan Pengarah Cerebos Pacific.



Beliau juga aktif dalam kalangan masyarakat, dan beliau adalah anggota lembaga Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) serta Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), di mana beliau mempengerusikan Jawatankuasa Audit dan Risikonya.



Encik Ramlee juga menjadi sebahagian anggota lembaga Halogen Foundation (Singapura), pertubuhan yang memberi tumpuan kepada kepimpinan anak muda dan pembangunan keusahawanan, di mana beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburannya.



Encik Ramlee merupakan anggota Persatuan Berkanun bagi Akauntan Bertauliah, atau Chartered Association of Certified Accountants, di United Kingdom, CPA di Australia dan anggota Suruhanjaya Perakaunan Singapura.



Beliau dianugerahkan dengan Pingat Perkhidmatan Awam (PBM) pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >