Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2022: PAKEJ SOKONGAN KELUARGA $560 JUTA

Tokokan $200 bagi akaun pembangunan, pendidikan anak

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



TOKOKAN sebanyak $200 dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA), Akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) akan diberikan kepada kanak-kanak yang berusia bawah 21 tahun.



Ini merupakan tambahan kepada sumbangan tahunan Edusave yang telah mereka terima daripada pemerintah.



Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam, tokokan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 790,000 kanak-kanak.



Setiap kanak-kanak Singapura akan menerima tokokan sekali sahaja ke akaun berkaitan, bergantung pada usia dan/atau tahap akademik masing-masing.



Misalnya, mereka yang dilahirkan pada 1 Januari 2016 dan telah memulakan sekolah rendah tahun ini, akan menerima tokokan ke dalam akaun Edusave mereka.



Sementara itu, mereka yang berusia 16 tahun pada tahun ini dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat posmenengah akan menerima tokokan tersebut ke dalam akaun PSEA.



Tokokan ini pula akan dimasukkan ke akaun Edusave pelajar yang berusia antara 17 dan 20 tahun pada tahun ini dan sedang menuntut di sekolah menengah.



Bagi pelajar Sekolah Pendidikan Khas (Sped) yang dibiayai pemerintah, mereka akan menerima tokokan ini dalam akaun Edusave, tanpa mengira usia mereka, menurut MOF lagi.



Manakala itu, kanak-kanak berkeperluan khas lain juga akan menerima tokokan ini dalam akaun berkaitan berdasarkan usia mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >