Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023: Tokokan $2.4b bagi skim kredit gaji progresif untuk pertingkat pekerja gaji rendah

Feb 14, 2023 | 04:41 PM



PEMERINTAH akan menokok dana satu skim kredit gaji sebanyak $2.4 bilion untuk terus menyediakan sokongan kepada majikan dalam mempertingkat golongan pekerja bergaji rendah, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.


Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS) itu, yang diperkenalkan semasa Belanjawan 2022, menyediakan sokongan peralihan dari 2022 hingga 2026 kepada perniagaan yang meningkatkan gaji pekerja berpendapatan rendah mereka.


Ini sedang beberapa langkah dibuat tahun lalu untuk membantu pekerja bergaji rendah mengecapi laluan kemaraan kerjaya dan gaji yang lebih baik.


Ini termasuk Model Gaji Progresif (PWM) yang diperluaskan kepada lebih banyak sektor dan pekerja, serta langkah yang memerlukan syarikat yang menggajikan pekerja asing membayar semua pekerja setempat sekurang-kurangnya Kelayakan Gaji Setempat (LQS) sebanyak $1,400 sebulan.


Di bawah PWCS bagi tahun kelayakan 2022 dan 2023, pemerintah membiayai bersama 75 peratus daripada kenaikan gaji bagi pekerja yang membawa pulang gaji kasar bulanan sehingga $2,500, dan 45 peratus bagi mereka dengan gaji kasar bulanan $2,500 hingga $3,000.


Pada 2024, sokongan pembiayaan bersama itu akan dikurangkan kepada 30 peratus daripada kenaikan gaji bagi pekerja yang membawa pulang gaji kasar bulanan sehingga $2,500, dan 15 peratus bagi mereka dengan gaji kasar bulanan $2,500 hingga $3,000.


Pada 2025, sokongan pembiayaan bersama untuk kenaikan gaji itu kekal sama bagi pekerja  yang membawa pulang gaji kasar bulanan sehingga $2,500. Namun, ia akan dikurangkan kepada 15 peratus pada 2026.


Kenaikan gaji bagi pekerja dengan gaji kasar bulanan $2,500 hingga $3,000 tidak lagi akan menerima sokongan pembiayaan pada 2025.


Sementara itu, pemerintah juga akan melanjutkan Kredit Pekerjaan Warga Emas sehingga 2025 untuk terus menyediakan imbangan gaji kepada majikan yang menggajikan pekerja warga emas.


Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan juga akan dilanjutkan sehingga 2025 untuk menggalak majikan menawarkan pengambilan bekerja semula secara sambilan, aturan kerja fleksibel lain, dan perancangan kerjaya berstruktur kepada pekerja warga emas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >