Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokokan CPF capai rekod lebih $3.5b bagi tiga suku pertama 2022

Oct 06, 2022 | 06:50 PM



TOKOKAN secara sukarela kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mungkin mencapai rekod yang baru tahun ini, dengan rakyat Singapura memperuntukkan lebih banyak dana untuk persaraan mereka.


Lebih daripada 200,000 pencarum CPF telah melakukan sumbangan secara sukarela yang mencatat rekod tinggi lebih daripada $3.5 bilion kepada akaun simpanan persaraan mereka atau keluarga kesayangan mereka dalam tiga suku pertama tahun ini, kata Lembaga CPF dalam satu kenyataan pada Rabu (5 Okt).


Jumlah itu adalah $84 juta lebih tinggi daripada jumlah yang diterima bagi tempoh yang sama pada 2021.


Tahun lalu, sumbangan tokokan sedemikian mencapai jumlah rekod $4.76 bilion, menurut data CPF.


Tokokan tunai dan pemindahan CPF kepada Akaun Khas (SA) atau Akaun Persaraan (RA) merupakan paling popular antara rakyat Singapura yang ingin menikmati pulangan tahunan yang lebih tinggi sehingga 6 peratus tanpa risiko, kata Lembaga CPF.


Baki lebih tinggi dalam akaun memastikan bayaran persaraan bulanan Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia (CPF LIFE) yang lebih tinggi.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >