Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tokokan wang tunai, CPF bagi keluarga ComLink+ bergaji kecil

Nov 20, 2023 | 06:18 PM



Orang dewasa di bawah program ComLink+ yang memohon dan meneruskan pekerjaan berbayar Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang menerima gaji sekurang-kurangnya $1,400 sebulan, akan dapat memanfaatkan lebih banyak bantuan kewangan di bawah satu program yang telah dipertingkat.

Di bawah program tersebut, yang akan dilancarkan mulai separuh kedua 2024 dan dipantau selama tiga tahun, ia akan menyaksikan keluarga ComLink+ menerima antara $450 hingga $550 dalam gabungan pembayaran tunai dan CPF untuk setiap suku tahun bagi pekerjaan yang berterusan, terhad kepada $30,000 daripada keseluruhan jumlah pembayaran.

“Sesetengah keluarga ComLink+ mempunyai orang dewasa yang boleh bekerja tetapi mereka menganggur, dalam peranan gaji yang lebih rendah, atau bekerja dalam pekerjaan dengan pendapatan yang turun naik. Sesetengah orang mungkin bergantung pada pencari nafkah tunggal untuk menampung kehidupan.

“Untuk membina kestabilan dan daya tahan kewangan, adalah penting bagi keluarga ComLink+ untuk mempunyai pendapatan yang stabil dan meningkatkan pendapatan mereka sebagai sebuah isi rumah,” kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

MSF menambah bahawa tokokan yang lebih tinggi akan diberikan jika kedua-dua orang dewasa dalam isi rumah itu bekerja, terhad kepada dua orang seisi rumah.

“Pakej ini akan membantu keluarga membina kewangan mereka untuk matlamat jangka panjang mereka seperti membeli rumah sendiri atau menyimpan untuk persaraan, dan untuk lebih baik menghadapi halangan yang tidak dijangka dalam kehidupan, seperti pemberhentian pekerja atau isu kesihatan,” kata MSF.

Untuk layak menerima pakej kemajuan tersebut, keluarga mesti bekerjasama dengan mentor keluarga dan mengambil tindakan khusus untuk mencapai kestabilan kewangan, mencapai pemilikan rumah dan menyokong pendidikan anak-anak mereka.

Mentor keluarga akan bekerjasama dengan setiap keluarga untuk membangunkan bersama pelan tindakan tersuai yang disesuaikan dengan keperluan setiap keluarga, melatih dan menggalak mereka ke arah mencapai matlamat mereka, dan bertindak sebagai satu titik hubungan untuk membantu mereka melalui perkhidmatan sokongan sosial dengan lebih baik.

Setakat ini, ComLink menyokong kira-kira 14,000 keluarga yang tinggal di flat sewa awam dan mempunyai anak di bawah umur 21 tahun.

“Ramai keluarga ComLink menghadapi isu kompleks dan tekanan tambahan yang mengekang daya mereka untuk membuat perancangan masa depan.

Di sebalik usaha terbaik mereka, sesetengah keluarga memerlukan lebih banyak sokongan yang disasarkan untuk mencapai kestabilan dan matlamat jangka panjang mereka, terutamanya yang melibatkan sumber kewangan yang besar, seperti membeli rumah sendiri,” kata MSF.

ComLink+, yang diumumkan pada Isnin, adalah usaha seluruh masyarakat, diterajui oleh pemerintah tetapi dilaksanakan secara perkongsian dengan masyarakat. Ramai telah melangkah ke hadapan untuk menyumbang masa mereka, menyumbang secara kewangan atau menawarkan bentuk sokongan lain kepada keluarga ComLink.

Pada masa ini, kira-kira 170 organisasi dan individu bekerjasama dengan Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) untuk menyokong keluarga ComLink+. – ANWAR SALEH




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >