Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tonton video dialog pemimpin bersama masyarakat anjuran BH

Apr 06, 2023 | 05:30 AM



Berita Harian (BH) telah beberapa kali menganjurkan dialog antara pemimpin dan masyarakat merangkumi pelbagai perkara dan isu.



Pembaca BH dapat menonton video rakaman dialog-dialog tersebut.



Antaranya ialah dialog antara Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, bersama 12 ejen hartanah pada Rabu.



Isu perumahan dan kemampuan memiliki rumah teras perbincangan dialog dua jam itu, yang disertai ejen hartanah daripada Singapore Realtors' Inc (SRI), Propnex Realty dan OrangeTee & Tie Pte Ltd.



Dalam dialog itu, Dr Faishal antara lain berkongsi peranan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam melakar dasar pemilikan rumah. Turut hadir ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin.



Pembaca dapat menonton juga dialog antara Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar dan Pendidikan, Dr Mohamed Maliki Osman, bersama asatizah pada 11 Januari. Dialog itu turut di hadiri AP GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.



Sila imbas Kod QR di bawah untuk menonton dialog-dialog anjuran BH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >