Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik lebuh raya cecah sekitar 95 peratus selepas sekatan Covid-19 dilonggar

May 31, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH trafik di lebuh raya mencecah kira-kira 95 peratus tahap sebelum Covid-19 pada bulan ini menyusuli kelonggaran bagi kebanyakan sekatan Covid-19 pada 26 April lalu.



Ini satu peningkatan daripada 90 peratus yang tercatat pada Januari, menurut perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Pemandu kenderaan berkata trafik secara keseluruhannya rasa lebih sesak sejak sekatan dilonggar yang termasuk membenarkan semua pekerja kembali ke pejabat.



Sebelum ini, sehingga 75 peratus pekerja yang boleh bekerja di rumah dibenarkan untuk ke tempat kerja. Antara Januari dengan Mac, had itu adalah 50 peratus.



Maklumat kesesakan trafik yang diberikan syarikat teknologi lokasi TomTom dari Februari hingga pertengahan Mei memberikan butiran lanjut mengenai bagaimana orang ramai bergerak sepanjang hari.



Akhbar The Straits Times (ST) mempertimbang minggu di mana tiada cuti untuk perbandingan tersebut.



Data bukan hanya mengesahkan terdapat lebih banyak kenderaan di jalan raya dalam bulan-bulan kebelakangan ini, malah kebanyakan pemandu memilih perjalanan pada masa yang sama iaitu pada waktu pagi.



Pada pagi hari biasa, trafik mula sibuk dari 6 pagi.



Pada Februari, ia mendapati kesesakan mula berkurangan dari 7 pagi.



Pada Mei, kesesakan berterusan untuk tambahan sejam lagi sebelum bertambah baik.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), pemandu kereta seperti Encik Ismail Noordin, 65 tahun, berkongsi bahawa jalan raya jauh lebih sesak kini berbanding awal tahun.



Sebelum ini, perjalanannya dari Bukit Panjang ke pejabatnya di Keppel Bay Tower mengambil masa 25 minit namun ia memakan masa 40 minit sekarang.



Bagi mengelak kesesakan, pengurus penjualan itu keluar rumah pada 8 pagi, iaitu 15 minit lebih awal berbanding selalunya.



Ada pula yang memilih menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan.



Cik Farhana Kassim, 40 tahun, berkata jika beliau memilih memandu ke tempat tugas, beliau memastikan akan berada di jalan raya selewatnya 7 pagi.



Menyifatkan trafik di jalan raya sebagai "dahsyat", eksekutif itu menaiki pengangkutan awam seperti MRT agar tidak lewat tiba di pejabat.



Meskipun beliau mengakui bahawa perjalanan ke pejabat suatu yang tidak disukainya, Cik Farhana lebih suka ke pejabat berbanding bekerja di rumah.



"Jabatan saya kini memerlukan saya untuk berhubung dengan beberapa pihak berkepentingan dalaman dan ia sukar bagi saya berhubung dengan mereka atau mendapat jawapan cepat, walaupun mereka di pejabat kebanyakan masa.



"Sekiranya saya di pejabat, saya boleh ke meja mereka dengan mudah untuk mendapat jawapan dengan pantas," katanya yang menambah bahawa sekitaran rumahnya tidak kondusif untuk mengadakan mesyuarat menerusi wadah dalam talian.



Selain jalan raya, pengangkutan awam juga semakin sesak.



Cik Nurhidayu Nordin, 27 tahun, yang menaiki MRT untuk ke tempat tugas berkata, sebelum ini, beliau boleh mendapat tempat duduk tetapi kini terpaksa berdiri dan berhimpit-himpit dengan penumpang lain ketika waktu sibuk sekitar 7.30 pagi.



Biarpun begitu, Cik Nurhidayu menyokong aturan kerja hibrid di tempat kerjanya kerana beliau menghargai interaksi fizikal bersama rakan sekerja, tetapi pada masa yang sama, mendapati adalah lebih produktif untuk bekerja di rumah.



"Majikan patut fleksibel mengenai aturan kerja di rumah kerana produktiviti tidak semestinya terhasil daripada kerja fizikal di pejabat, dan mesyuarat dan sebagainya masih boleh dilakukan menerusi banyak wadah," ujar pentadbir kursus itu.



Pakar ekonomi Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Profesor Madya Walter Theseira berkata masalah kesesakan waktu sibuk boleh diselesaikan jika orang ramai digalakkan beralih ke pengangkutan awam, menunggang basikal dan berjalan kaki, serta mengurangkan keperluan melakukan perjalanan pada waktu sibuk, lapor ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >