Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trafik sesak dijangka di pusat pemeriksaan darat semasa cuti Tahun Baru Cina: ICA

Jan 16, 2023 | 06:26 PM



MEREKA yang akan berlepas ke Malaysia melalui pusat pemeriksaan darat dari semalam hingga Jumaat ini harus mengambil kira masa tambahan untuk pelepasan imigresen, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Isnin (16 Jan).


Ini sedang pihak berkuasa menjangkakan trafik sesak yang berterusan di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, dengan kesesakan lalu lintas dijangka dari Malaysia. 


Ahad ini adalah hari pertama Tahun Baru Cina.


ICA dalam satu kenyataan berkata aliran trafik melalui pusat pemeriksaan darat telah kembali ke paras prapandemik semasa waktu sibuk, dan semasa kemuncak tempoh Tahun Baru Cina pada 2019 – sebelum penutupan sempadan akibat pandemik Covid-19 – purata masa menunggu bagi pelawat yang berlepas atau tiba dengan kereta melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas adalah sekitar tiga jam.


Lebih sejuta pelawat melalui pusat pemeriksaan tersebut semasa musim cuti akhir tahun pada 2022, dengan sekitar 361,000 orang menyeberang setiap hari.


“Pemandu juga diingatkan untuk mengelak daripada memotong jalan kerana ia boleh menyebabkan kesesakan teruk dan menjejas keselamatan pemandu lain,” kata ICA, yang turut menggesa pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya, menjaga disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di lokasi.


Pihak berkuasa menasihatkan pemandu supaya memeriksa keadaan lalu lintas di kedua-dua pusat pemeriksaan melalui laman OneMotoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), atau Sistem Pemantauan dan Nasihat Ekspreswe yang dipasang di Ekspreswe Bukit Timah dan Ekspreswe Ayer Rajah, sebelum memulakan perjalanan mereka.


Keadaan trafik terkini juga akan disiarkan di akaun Facebook dan Twitter ICA, dan disiarkan di stesen radio tempatan Money FM 89.3, Kiss92, One FM 91.3, 96.3 Hao FM dan UFM 100.3.


Semua pelawat jangka pendek, termasuk mereka yang mempunyai kelulusan secara prinsip untuk pas jangka panjang, dikehendaki menghantar Kad Ketibaan SG mereka dengan pengisytiharan kesihatan dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan mereka di Singapura.


Disebabkan trafik yang tinggi dan orang yang berulang-alik setiap hari untuk pekerjaan dan pengajian, warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dikecualikan daripada menghantar pengisytiharan kesihatan jika mereka pulang ke Singapura melalui pusat pemeriksaan darat. 


Mereka akan perlu melakukan pengisytiharan kesihatan jika mereka memasuki Singapura melalui pusat pemeriksaan laut dan udara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >