Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tragedi kereta kabel Sentosa 1983 perbaiki banyak langkah keselamatan

Jan 29, 2023 | 02:28 PM



SELEPAS tragedi kereta kabel Sentosa pada 1983, tarikan pelancong popular itu ditutup selama tujuh bulan bagi pembaikan sebelum dibuka semula untuk para pelancong.



Terdapat beberapa insiden penumpang terperangkap apabila kereta kabel mereka rosak pada 1977 dan 1979, namun tragedi pada 1983 itu adalah yang pertama melibatkan mangsa yang terkorban sejak sistem kereta kabel itu dibuka pada Februari 1974.



Bagi memastikan punca kemalangan, satu Jawatankuasa Siasatan terdiri daripada tiga anggota telah dikerah oleh mendiang Presiden Devan Nair, pada ketika itu.



Selepas siasatan selama 55 hari berlangsung, laporannya yang dikemukakan pada 30 Disember tahun itu, meletakkan sebahagian kesalahan ke atas seorang kapten kapal asal Finland, Penguasa Pelabuhan Singapura (PSA) , malim pelabuhan atau harbour pilot, Keppel Shipyard, serta para pemilik dan ejen kapal itu.



Sistem kereta kabel yang disambungkan pulau utama ini dengan Sentosa, didapati tiada masalah.



Syarikat kereta kabel itu  juga terlepas daripada dipertanggungjawabkan di atas kemalangan itu.



Menurut laporan The Straits Times, selepas kemalangan itu, kapal-kapal dengan ketinggian lebih daripada 52 meter tidak boleh memasuki kawasan itu dan pengesan ketinggian laser ditempatkan di kawasan itu bagi memastikan penguatkuasaan ketat peraturan itu.



Sejak kebelakangan ini, larangan ketinggian diketatkan lagi kepada 50 meter bagi kapal-kapal yang melalui di bawah laluan kabel itu, akibat paras air laut yang meningkat dan kemungkinan air pasang yang tidak diduga.



Ini mula berkuat kuasa pada 1 Julai 2020.



Langkah berjaga-jaga lain termasuk pemeriksaan tahunan ke atas sistem kereta kabel, dan pemeriksaan bagi keretakan dan besi gerabak yang mulai usang setiap lima tahun.



Sejak 2011, Pasukan Pertahanan Awam (SCDF) telah diberi kuasa untuk mengawal selia sistem pengurusan kebakaran dan menyelamat bagi sistem tarikan tunggangan di bawah Akta Keselamatan Tarikan Tunggangan.



SCDF juga menjalankan latihan menyelamat secara rutin di laluan kereta kabel Mount Faber sebagai simulasi menyelamatkan penumpang, dengan patung-patung digunakan sebagai penumpang yang terperangkap dalam kereta kabel.



Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), yang memainkan peranan penting dalam operasi menyelamat pada 1983, juga menubuhkan sebuah sistem menyelamat yang baru khusus untuk penumpang yang terperangkap dalam kereta kabel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >