Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Trauma lepas kejadian lif terhempas

Jul 07, 2017 | 05:30 AM



TRAUMA kini menyelubungi seorang kanak-kanak yang turut berada dalam lif yang tertutup dengan tiba-tiba dan menjunam ke bawah, di Jurong West Sabtu lalu.



Nurin Hisam, 10 tahun, takut untuk memasuki dan menaiki lif apabila mereka sekeluarga pergi ke hospital menziarahi ibunya.



Keluarga Nurin terpaksa memegang tangannya, malah memeluk, untuk memberinya semangat.



Demikian menurut Encik Zulkiffle Saad ketika dihubungi Berita Harian.



Kunjungan Syawal keluarganya yang sepatutnya membawa kenangan manis menjadi pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan.



Beliau, 48 tahun, bersama keluarganya sedang menaiki lif di Blok 542, Jurong West Avenue 1 itu untuk ke rumah saudaranya di tingkat empat apabila lif itu menjunam dari tingkat empat ke tingkat satu.



Encik Zulkiffle sedang bersama adik beliau serta suaminya, kededuanya 30-an tahun, dan anak mereka, iaitu Nurin, dan seorang lagi adik iparnya, juga 30-an tahun, semasa kejadian itu.



"Seperti pengguna lif biasa, saya tidak perasan tulisan di dalam lif itu yang menyatakan lif tersebut hanya boleh membawa 'maksimum 270 kilogram' atau 'empat orang'.



"Apabila kami berlima menaiki lif itu, tidak ada bunyi atau lampu isyarat menunjukkan ia sudah membawa berat berlebihan. Malah, pintu lif itu tutup seperti biasa dan terus mula naik ke tingkat empat," ujarnya.



Menurut Encik Zulkiffle, apabila pintu lif buka di tingkat empat, beliau sedang keluar tetapi adik iparnya menariknya masuk kembali apabila mereka terdengar bunyi seperti kabel terputus.



Pintu lif itu kemudian tertutup dan lif itu menjunam ke bawah. Lif itu turun dari tingkat empat ke tingkat satu dalam masa dua saat sahaja, katanya.



Apabila lif itu jatuh ke tingkat satu, dengan serta-merta Encik Zulkiffle dan adik iparnya cuba memaksa buka pintu itu.



"Keluarga saya juga cuba membuka pintu lif dari luar tetapi gagal. Kami berada di dalam lif itu sekitar lima minit sebelum berjaya keluar, sebelum pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba.



Ketika lif itu jatuh, mereka berlima sedang berdiri dan impaknya begitu kuat hingga menyebabkan kaki kiri adiknya, Cik Fauziah Saad, retak.



Suri rumah itu sekarang sedang menjalani rawatan di Hospital Khoo Teck Puat.



Encik Zulkiffle dan tiga lagi ahli keluarganya itu kini menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan.



"Disebabkan saya memaksa membuka pintu itu, ibu jari saya menjadi bengkak sekarang.



"Saya tidak mahu menunggu di dalam lif itu kerana takut ada benda lain yang jatuh dari bahagian atas lif itu," katanya.



Encik Zulkiffle, yang sekarang tidak mempunyai pekerjaan tetap, berkata bukan mudah baginya menanggung pembayaran kos pemeriksaan dan perubatan.



Menurut Encik Zulkiffle, beliau telah disarankan agar mendapatkan bantuan peguam dalam hal ini.



Namun, mereka sekeluarga belum membuat keputusan mengenainya kerana ingin fokus sepenuhnya pada proses rawatan.




KEJADIAN LIF MENYEBABKAN KECEDERAAN/KEMATIAN



1. Panel lif di Sengkang jatuh, 8 Jun 2017:



Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun cedera apabila panel siling lif jatuh dan terkena dirinya



2. Lif rosak di Geylang Bahru, 5 Jun 2017:



Penduduk berjaya memaksa buka pintu lif sebelum pasukan penyelamat tiba



3. Lif berhenti 15 centimeter atas paras lantai di tingkat satu di Pasir Ris, 15 Mei 2016:



Lelaki berusia 77 tahun mengundur skuter elektriknya keluar dari lif itu lalu terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai. Beliau kemudian meninggal dunia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >