Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tren SMRT diarah berhenti di stesen City Hall selepas ‘asap’ penuhi kabin

Sep 08, 2023 | 03:14 PM



Penumpang yang menaiki kereta api menuju ke timur Singapura terpaksa turun di stesen MRT City Hall pada malam 7 September selepas kabin tren itu dipenuhi asap putih.


Asap tersebut disebabkan kebocoran gas penyejuk sistem penyaman udara kereta api generasi pertama itu, yang telah beroperasi sejak 1987, kata Presiden SMRT Trains, Encik Lam Sheau Kai, ketika menjawab pertanyaan The Straits Times.


Kejadian itu berlaku sekitar 9.50 malam dan tren yang terjejas telah dihentikan daripada perkhidmatan susulan kejadian tersebut.

Memohon maaf atas gangguan itu, Encik Lam berkata penumpang diarah turun sebagai langkah berjaga-jaga dan dinasihatkan menaiki tren berikutnya.

“Kakitangan kami tidak menerima sebarang laporan mengenai penumpang yang memerlukan rawatan perubatan,” kata beliau sambil menambah, perkhidmatan tren diteruskan seperti biasa selepas itu.

Rakaman kejadian itu dimuat naik ke dalam talian, dengan satu video di media sosial menunjukkan penumpang menutup mulut dan hidung sedang asap menyelubungi kabin tren.

Klip sepanjang 33 saat itu juga menunjukkan seorang kakitangan SMRT Trains memeriksa setiap kabin sedang penumpang keluar dari tren ke stesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >