Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Troli tidak dikendali di Sheng Siong rempuh pembeli di laluan pejalan kaki bergerak

Apr 20, 2022 | 10:18 PM



SEBUAH troli yang tidak dikendali  di kedai Sheng Siong di Sembawang telah merempuh dua pembeli yang menaiki satu laluan pejalan kaki bergerak  pada Februari lalu.

Dalam satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di pelbagai platform media sosial pada  Selasa (20 April), seorang pekerja di pasar raya itu dilihat memunggah kotak berhampiran platform di bahagian atas laluan pejalan kaki bergerak itu.

Troli itu dibiarkan tanpa pengawasan apabila kakitangan itu menolak satu karton. Ia mula bergerak dan kemudian menurun di laluan bergerak itu  di belakang seorang wanita.





Troli itu, yang mempunyai karton kosong di atasnya, bergerak semakin laju dan merempuh wanita itu.

Seorang pekerja kemudian dilihat mengejar troli itu, tetapi gagal menahannya sebelum seorang lagi di bahagian bawah laluan bergerak itu dirempuh.

Seorang pekerja lain menekan butang berhenti kecemasan di bahagian atas laluan bergerak itu.





Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), jurucakap Sheng Siong berkata kejadian itu berlaku di kedainya di Blok 105 Canberra Street pada 25 Februari lalu.

ST difahamkan tiada ambulans dipanggil ke tempat kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >