Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tugas pupuk generasi pemimpin baru

Daripada Mejar ke Leftenan Kolonel beliau antara lebih 720 pegawai SAF yang naik pangkat tahun ini
Jun 29, 2021 | 05:30 AM



MEMUPUK generasi pemimpin baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bukanlah satu tugas yang mudah.



Namun Mejar (MAJ) Dzul Fazli Rosli menggalas tanggungjawab itu dengan penuh komitmen bagi memastikan pemimpin yang dibentuk merupakan pemimpin yang berwibawa.



"Saya ingin membantu memupuk generasi pemimpin baru, dan saya sangat berbangga dapat membuat perbezaan kepada generasi pemimpin SAF yang akan datang.



"Menanamkan asas nilai kepimpinan sangat penting.



"Saya percaya bahawa kita perlu menanamkan nilai-nilai tersebut dari hari pertama agar mereka faham akan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pegawai SAF," kata MAJ Dzul yang memegang peranan sebagai Komander Sayap Tango (Tango Wing) di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).



Beliau melatih sekitar 200 pegawai kadet untuk menjadi Komander Platun.



Setelah berkhidmat sebagai pegawai SAF selama 22 tahun, MAJ Dzul, 42 tahun, baru-baru ini menerima surat kenaikan pangkat yang bakal menyaksikannya menyandang jawatan selaku Leftenan Kolonel (LTC).



Beliau merupakan dalam kalangan lebih 720 pegawai SAF yang menerima surat kenaikan pangkat tahun ini.



Mengulas tentang peluang menggalas tanggungjawab yang lebih berat bermula lusa, beliau berkata:



"Saya melihat kenaikan pangkat ini sebagai bukan sahaja mengiktiraf prestasi saya, malah sebagai mengiktiraf potensi saya supaya saya dapat menyumbang lebih banyak lagi kepada pertubuhan ini," ujarnya.



Menyifatkan dirinya sebagai seorang komander yang mudah didekati, MAJ Dzul akur bahawa memberi semangat dan dorongan kepada pegawai kadet di bawah arahannya amat penting.



Walaupun tidak begitu menitikberatkan tentang keputusan cemerlang, beliau juga menggalak pegawai kadet untuk melakukan kesilapan sewaktu latihan di OCS.



Dengan melakukan kesilapan di peringkat ini akan membantu meningkatkan lagi tahap keyakinan mereka, menurut beliau.



"Mereka benar-benar berada dalam persekitaran di mana mereka masih mampu membuat kesilapan, kerana setelah menerima pentauliahan mereka sebagai pegawai SAF nanti, dan dikerahkan memimpin platun sendiri, mereka perlu membuat keputusan yang mungkin akan mempengaruhi anggota di bawah arahan mereka.



"Oleh itu, saya akan memberitahu mereka bahawa ini adalah masa yang baik (ketika latihan) untuk melakukan kesilapan.



"Apa yang penting adalah mereka belajar daripada kesilapan tersebut dan lebih yakin dengan diri sendiri," tambahnya.



Meskipun akan memegang jawatan yang lebih tinggi, bapa kepada dua anak itu berkata masih banyak perkara yang perlu beliau pelajari untuk menjadi pemimpin yang lebih baik.



"Sehingga ke saat ini, saya ingin terus memperbaiki diri dan akan sentiasa bertanya dengan orang atasan tentang bagaimana saya boleh terus mempertingkat diri saya.



"Saya ingin pastikan saya ada kemahiran dan pengetahuan yang boleh saya kongsi kepada para pegawai kadet saya nanti," ujarnya.




"Saya ingin membantu memupuk generasi pemimpin baru...

Mereka benar-benar berada dalam persekitaran di mana mereka masih mampu membuat kesilapan, kerana setelah menerima pentauliahan mereka sebagai pegawai SAF nanti, dan dikerahkan memimpin platun sendiri, mereka perlu membuat keputusan yang mungkin akan mempengaruhi anggota di bawah arahan mereka.

Oleh itu, saya akan memberitahu mereka bahawa ini adalah masa yang baik (ketika latihan) untuk melakukan kesilapan."

- Mejar (MAJ) Dzul Fazli Rosli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >