SATU tugu peringatan bagi memperingati perjuangan rakyat Singapura menentang pengganasan dan ancaman komunis dilancarkan mantan presiden S R Nathan semalam.
Tugu di Taman Esplanade itu didedikasikan kepada sekitar 8,000 orang awam dan pegawai keselamatan yang terkorban atau cedera di Malaysia dan Singapura semasa pemberontakan Parti Komunis Malaya (CPM) antara 1948 dengan 1989.