Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tukang gunting rambut dipenjara 23 tahun dek aniaya 2 anak perempuan temanitanya secara seksual

Jun 28, 2021 | 08:54 PM



SEORANG belia perempuan yang telah dianiaya secara seksual oleh teman lelaki ibunya tidak tahu kakaknya juga telah melalui perkara serupa.



Belia itu yang dianiaya ketika berusia antara 10 dengan 12 tahun akhirnya memberitahu seorang penyelidik sekolah apa yang berlaku ke atas dirinya.



Siasatan mendedahkan bahawa kehormatan kakaknya telah dicabul ketika berusia 17 tahun.



Pesalah, seorang tukang gunting rambut berusia 53 tahun, telah dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin (28 Jun), lapor The Straits Times.



Dia mengaku bersalah pada Mei lalu atas dua tuduhan serangan seksual ganas dengan melakukan hubungan seks dengan mangsa yang lebih muda itu, dan satu tuduhan mencabul kehormatan kakak belia tersebut.



Lagi sembilan tuduhan diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.



Ini termasuk percubaan merogol, dua tuduhan serangan seksual ganas dengan melakukan hubungan seks dan tiga hukuman mencabul kehormatan.



Lelaki itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah, demi melindungi identiti mangsa yang kini berusia 14 dan 24 tahun.



Mahkamah diberitahu kedua beradik itu membesar tanpa bapa.



Setelah ibu mereka melahirkan belia yang lebih muda itu, beliau tidak lagi tinggal dengan suaminya. Mereka bercerai pada 2019.



Pada 2008, kakak belia itu diletakkan di rumah kanak-kanak kerana ibunya tidak berdaya menjaganya.



Ibu mangsa, 53 tahun, bertemu tertuduh pada 2010 dan mereka menjalin hubungan romantik.



Pada 2011, belia yang lebih muda itu pula dihantar ke rumah kanak-kanak.



Antara Ogos dengan September 2015, kakaknya melarikan diri daripada rumah kanak-kanak dan tinggal bersama ibunya dan teman lelaki beliau itu.



Dalam tempoh tersebut, lelaki itu telah melakukan perbuatan tidak senonoh ke atasnya dan memberi amaran agar tidak memberitahu ibunya tentang perkara itu.



Antara Jun 2017 dengan Disember 2018 pula, lelaki itu melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap adik mangsa pertama.



Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lai memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya 22 tahun dan sembilan bulan, dengan hukuman tambahan satu tahun sebagai pengganti hukuman sebat.



Beliau menyatakan bahawa penderaan itu telah meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan mental mangsa yang lebih muda, yang akan mencederakan dirinya setiap kali dia teringat apa yang telah dilakukan lelaki itu kepadanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >