Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Tukang jahit setempat ligat penuhi tempahan Aidilfitri

Ada saksikan kenaikan hingga 30 peratus, ada pelanggan pilih gunakan pakaian lama yang belum sempat digayakan
Mar 25, 2022 | 06:30 AM



Menjelang Ramadan, lazimnya banyak keluarga akan menempah pakaian baru untuk sambutan Hari Raya di seberang Tambak. Namun, pandemik seiring sekatan telah menghambat perjalanan ramai untuk ke seberang Tambak. BERITA HARIAN meninjau beberapa tukang jahit di Singapura bagi mendapatkan maklum balas mereka tentang jumlah tempahan menjahit pakaian yang mereka terima sempena perayaan Adilfitri tahun ini.



DENGAN menjelangnya Ramadan tidak lama lagi, beberapa tukang jahit tidak lagi menerima tempahan baju kurung bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak akhir Februari.



Menyentuh trend menempah pakaian, tukang jahit yang dihubungi rata-rata berkata respons yang mereka terima tahun ini agak bercampur baur.



Sebilangan tukang jahit berkata mereka menyaksikan peningkatan penjualan sebanyak 30 peratus disebabkan orang ramai lebih ghairah beraya dengan kelonggaran sekatan Covid-19 berbanding tahun lalu. Lantas, mereka membuat lebih banyak baju Raya tahun ini.



Namun, ada pula tukang jahit yang menyatakan pelanggan tetap mereka tidak membuat pakaian baru kerana mahu menggunakan semula pakaian lama yang tidak sempat dipakai pada Hari Raya lalu.



Pemilik butik Mona J, Cik Maimunah Ali, berkata tahun ini perniagaannya lebih baik berbanding tahun lalu.



"Mungkin tahun lalu tidak meriah sangat akibat Covid-19. Tahun ini ramai kelihatan lebih yakin dapat menyambut Hari Raya terutama selepas pengumuman bahawa bazar Raya Geylang Serai akan diadakan secara fizikal.



"Kebetulan, keesokan harinya setelah pengumuman tersebut, saya menerima pertanyaan daripada 10 keluarga yang bertanya jika saya masih mengambil tempahan baju," ujar usahawan veteran yang butiknya terletak di Golden Landmark.



Selain pakaian Hari Raya, beliau turut menerima tempahan pakaian bagi majlis perkahwinan dan bayi.



Butik tersebut juga mengambil tempahan baju untuk bayi, maka itu ia sesuai untuk keluarga besar yang ingin pakai sedondon.



Bagi pengarah kreatif Alfya Atelier, Cik Siti Khairiah Suradi, beliau berkata penjualannya merosot sebanyak 50 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.



"Mungkin sebab ada yang telah menempah baju Raya tahun lalu tetapi oleh sebab langkah pengurusan selamat yang ketat, mereka tidak sempat beraya dan ingin mengunakannya untuk tahun ini,'' kata beliau.



Beliau berkata tempahan sudah ditutup akhir Februari untuk memastikan baju-baju yang ditempah siap tepat masanya sebelum sambutan Hari Raya.



Namun, beliau berkata bagi pelanggan tetapnya yang masih ingin menempah, beliau akan cuba sedaya upaya meluangkan masa untuk memenuhi tempahan mereka.



"Dengan kurang tempahan, bermakna saya ada lebih masa lapang, dan saya tetap bersyukur kerana boleh memberikan tumpuan yang lebih untuk beribadah. Jika tidak, saya sering sibuk menjahit," kata Cik Siti Khairiah dengan penuh optimis.



Sementara itu, bagi tukang jahit yang menjalankan perniagaan dari rumah (HBB) seperti Cik Salinah Salim, beliau telah membuka tempahan sejak Oktober lalu dan tidak lagi mengambil tempahan kerana sudah mencapai had maksimum yang boleh diambil.



Perniagaannya, D'ina Love Creations, menerima peningkatan tempahan baju sebanyak 30 peratus.



"Oleh sebab saya kerja seorang sahaja, saya telah menerima tempahan baju seawal Oktober tahun lalu dan berhenti mengambil tempahan awal Februari.



"Kesemuanya, saya jahit kira-kira 60 pasang baju. Ini juga kerana saya juga sibuk ambil tempahan baju pengantin," ujarnya, yang menjalankan perniagaan menjahit sejak 2012.




"Kebetulan, keesokan harinya setelah pengumuman (bazar Hari Raya) tersebut, saya menerima pertanyaan daripada 10 keluarga yang bertanya jika saya masih mengambil tempahan baju."
- Pemilik butik Mona J, Cik Maimunah Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >