'Tutup gerai' dalam Ramadan untuk beribadat
Jul 02, 2017 | 05:30 AM
RAMADAN lalu, orang ramai yang teringin membeli hidangan masakan Melayu di kawasan pusat bandar mendapati agak sukar mencari lauk- pauk kegemaran mereka di Pusat Makanan Amoy Street.
Apakan tidak, beberapa gerai menjual makanan Melayu di sana ditutup sepanjang Ramadan meskipun permintaan daripada pelanggan pada bulan itu tetap hebat.