Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ubat batuk, pil bernilai $40,000 dirampas

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



LEBIH 100,000 mililiter ubat batuk haram dan 1,400 butir pil dirampas dalam satu operasi Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Divisyen Polis Bedok Khamis lalu.



Secara keseluruhan, nilai ubatan yang dirampas itu sekitar $40,000.



Operasi yang diadakan sekitar kawasan Geylang Road itu, disusuli dengan satu serbuan di sebuah unit flat HDB di Sin Ming Road.



Seorang lelaki Cina berusia 57 tahun ditangkap kerana membekalkan ubat batuk, pil tidur dan pil pelega sakit di kawasan berkenaan.



Lebih banyak ubat-ubatan haram juga ditemui di rumahnya di flat HDB di Sin Ming Road apabila lelaki tersebut membawa pegawai HSA ke sana.



Siasatan awal menunjukkan lelaki itu menggunakan dapur di rumahnya untuk membuat ubat batuk tersebut.



Dia kemudian mengedarkannya kepada penjaja jalanan.



Seorang lagi lelaki Cina berusia 42 tahun ditahan pihak berkuasa.



Dia disyaki terlibat dalam pengedaran haram bagi ubat-ubatan itu.



Kededua lelaki tersebut kini membantu HSA dengan siasatan dalam mengimport, membuat dan membekalkan ubat haram.



Dalam kenyataannya, HSA berkata pihaknya memandang serius kegiatan yang boleh membahayakan kesihatan orang awam itu.



Sesiapa yang didapati mengimport, membuat atau membekalkan produk kesihatan yang haram, boleh dikenakan tindakan.



Mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau didenda sehingga $50,000 atau kededuanya sekali.



Orang awam dinasihatkan agar melaporkan segala kegiatan yang melibatkan ubat batuk haram.



Mereka boleh menghubungi Cawangan Penguatkuasaan (Enforcement Branch) HSA di talian 6866 3485 atau melalui e-mel di hsa_is@hsa.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >