Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 wajib untuk penduduk Blok 695 Jurong West Central 1 setelah 14 kes dikesan

Aug 16, 2021 | 09:56 PM



SEJUMLAH 14 kes Covid-19 telah dikesan dalam enam isi rumah yang tinggal di Blok 695 Jurong West Central 1, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (16 Ogos).


Oleh itu, kementerian itu akan melakukan ujian wajib bagi semua penduduk blok HDB tersebut pada Selasa untuk mengenal pasti kes jangkitan masyarakat.


Ini akan berlangsung antara 9 pagi dengan 4 petang di kolong  blok itu.


Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan kaitan dan sumber penularan, kata MOH.


Kementerian itu menambah yang ujian tidak diwajibkan bagi mereka yang telah disahkan negatif jangkitan Covid-19 sejak Jumaat lalu.


Semua penduduk mesti membawa kad pengenalan mereka dan menepati waktu janji temu mereka, tambahnya.


Risalah telah diedarkan dan pemberitahuan SMS telah dihantar kepada penduduk untuk memberi mereka lebih banyak maklumat.


Kata MOH: "Mereka yang sedang menunggu keputusan ujian dinasihatkan untuk mengurangkan interaksi sosial sebanyak mungkin. Mereka harus terus memantau kesihatan mereka dan segera mendapatkan bantuan perubatan jika mereka rasa tidak sihat."



Pusingan ujian pengawasan masyarakat terbaru itu  dilakukan setelah MOH mengumumkan pada 14 Ogos bahawa ia sedang menyiasat kemungkinan penularan Covid-19 di tiga blok Lembaga Perumahan di Chin Swee Road dan Jalan Kukoh. Sejumlah 15 kes Covid-19 dikesan di kawasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >