Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian kesan TB bagi penduduk, pegerai Blok 2 Jln Bt Merah

MOH: Ia percuma dan tidak wajib, namun mereka digalak jalani ujian susuli kes 7 individu di sana hidap TB
May 22, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK, pegerai dan pemilik kedai di Blok 2 Jalan Bukit Merah telah digesa Kementerian Kesihatan (MOH) untuk menjalani saringan secara sukarela bagi penyakit tuberkulosis (TB).



Menyatakan demikian semalam, MOH menambah bahawa saringan itu akan dijalankan secara percuma, dan berlangsung dari 27 hingga 31 Mei ini.



Tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga selepas tujuh individu di situ disahkan menghidap TB antara Februari dengan Mac tahun ini.



Individu tersebut menetap di tujuh unit berlainan di blok itu, ujar MOH.



Bagi kemudahan penduduk, pasukan bergerak akan pergi rumah ke rumah untuk melakukan saringan tersebut.



Bagi mereka yang bekerja di kawasan itu, atau rumah mereka dianggap tidak sesuai bagi melakukan saringan itu, mereka boleh ke stesen saringan yang terletak di Pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) Zon Queenstown Hock San di Blok 3 Jalan Bukit Merah.



Mereka yang telah tinggal atau bekerja di blok tersebut mulai Oktober 2020 dan selanjutnya akan dihubungi MOH melalui telefon mulai Jun ini dan seterusnya ditawarkan saringan di Unit Kawalan TB (TBCU) di Jalan Moulmein.



MOH dimaklumkan pada 2 Mac mengenai tujuh kes TB melibatkan penduduk yang tinggal di Blok 2 Jalan Bukit Merah. Penduduk itu diuji antara Februari 2021 hingga Mac 2022. Kesemuanya tinggal di unit-unit berbeza.



MOH menyatakan penduduk yang terjejas segera menjalani rawatan sebaik sahaja didiagnos. Dua daripada mereka sudahpun selesai rawatan mereka, manakala tiga lagi sedang menjalani rawatan. Secara berasingan, dua yang dijangkiti meninggal dunia "atas sebab tidak berhubung kait dengan TB", menurut MOH.



"Memandangkan individu-individu yang dijangkiti TB tidak mudah berjangkit sebaik sahaja mula mendapatkan rawatan, kes tersebut tidak menimbulkan risiko kesihatan awam," jelas MOH.



MOH menyatakan siasatan kontak bagi setiap daripada tujuh kes itu dilakukan selepas ia dimaklumkan.



Kontak rapat kes-kes tersebut juga dikenal pasti dan dihubungi untuk menjalani pemeriksaan. Siasatan bagi setiap tujuh kes menunjukkan mereka tidak mengenali satu sama lain sebagai kontak rapat, dedah MOH.



MOH menyatakan kakitangan dari Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), dengan sokongan Persatuan Rakyat (PA) akan mengunjungi flat-flat di blok terbabit mulai semalam hingga 23 Mei untuk bertemu dengan penduduk, pemilik gerai dan kedai serta pekerja, untuk menggalakkan mereka menjalani pemeriksaan yang ditawarkan.



Walaupun pemeriksaan itu tidak diwajibkan, MOH sangat menggalakkan penduduk agar berbuat sedemikian untuk mengenal pasti jika mereka ada penyakit atau jangkitan TB (tidak berjangkit).



Mereka yang didapati mempunyai penyakit TB akan diberikan rawatan segera, manakala mereka yang terkena jangkitan TB akan diberikan janji temu susulan dan rawatan untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit TB pada masa depan



Bekas penduduk yang telah tinggal di blok tersebut sejak Oktober 2020 dan ingin membuat saringan juga boleh menghubungi talian janji temu Klinik Hubungan TBCU di 6258-4430.



MOH menyatakan risiko penularan adalah sangat rendah antara pesakit TB dengan individu yang bukan kenalan rapat, sambil menambah bahawa saringan tidak diperlukan bagi mereka yang sekali-sekala melawat blok dan kawasan sekitarnya.



Sepanjang 16 tahun lalu, kadar kejadian TB di Singapura kekal antara 30 dengan 40 bagi setiap 100,000 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >