Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian pemantauan Covid-19 dijalankan di Rowell Road berikutan 12 kes dikesan

Jul 15, 2021 | 09:51 PM



SIASATAN terhadap jangkitan Covid-19 yang berlaku di 639 Rowell Road sedang dijalankan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (15 Julai).



Sehingga kini, 12 kes jangkitan Covid-19 dikesan dalam dua rumah di 639 Rowell Road, dedah MOH.



Siasatan epidemiologi sedang dijalankan untuk menentukan kaitan dan sumber jangkitan dan ujian Covid-19 wajib akan dilaksanakan bagi semua penduduk di sana.



Ujian itu tidak wajib bagi mereka yang diuji negatif sejak 11 Julai, jelas MOH.



"Jika kes positif Covid-19 dikesan, MOH akan mengasingkan kes itu, kenal pasti semua kontak dekat, uji dan kuarantin mereka untuk melindungi masyarakat daripada jangkitan.



"Ujian wajib akan dilakukan di pavilion di 636 Veerasamy Road pada 16 Julai 2021 antara 9 pagi dengan 4 petang," kata kementerian tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >